Wednesday, November 28, 2012

Wordless Wednesday #Suzuki AFF



Suzuki AFF 2012!

Malaysia VS Singapura ( 25November 2012 )
Stdm. Nasional Bukit Jalil

eleleleheleehehh..oooOh ooo...  Sokong Malaysia.....Harimau Malaya..


me with the ultras!


SS bersama kawan lama! Freestyle negara.






Love this so much!




Bakal di pakai petang ini!











Walaupun Team kita kalah dengan Singapura, its ok its alright. Next perlawanan nanti harap-harap kita menang. Make sure AFF cup masih dalam genggaman kita! Harap sangat2. Kepada KFC, pliss fokus nak main bola. Cite kawin hold dulu okey. Ini hal negara ! dont make us frustrated.  peace....






p/s : baju jersi yang terbaru dihadiahkan oleh seorang akak kat opis SS sempena hadiah perkahwinan kami. Boleh camtu?? lain dari yang lain bukan.. hehehhe... but yeahh, tak payah beli lagi ! menambahkan koleksi saya! bahaaaha..







Masa kita Juara AFF duluuuuuu..




Hopefully lawan Laos malam ni kita menang!




Adakah ini dinamakan Wordless Wednesday??? Teeheeeee ^____________^





XOXO.






Publish!



Thank You For Reading My Stories

Tuesday, November 20, 2012

Alkisah Pregnancy Test!



Assalamualaikum dan good day sunshine!



Hari ini saya sekadar nak berkongsi je tentang test MENG-test nie... for general purpose only. Alkisahnya macam gini...




***********




Dah berhari-hari saya rasa gelisah yang semacam. selalu nak tengok sama ada i period atau tak. n biasanya period i memang tak on time. Paling lewat pun mesti 4-5 hari. Selalunye lah. tapi Ape yang membuatkan i gelisah ni ialah.. period i dah lewat more than 1 week. Mula-mula i takde lah concern sangat. sehingga la saya dan kakak2 kat opis bercerita tentang pregnancy. dan i pon cite la kat dorang yang period i dah lewat. Respon yang i terima,

 " ko p beli pregnancy test tu mia.... ko check cepat2!"  


"aduh mia...cepat sket. akak tak sabar lak nak tau... eksited nie... g cpt2..."


" harap-harap ade la mia......"




haaa... lebih kurang camtu la respon dorg.. Kerana itu la saya tak sabar nak tau. tetiba excited i makin tinggi. So, i pegi la kat Guardian Presint 8 tuu dengan Sang Suami (SS) saya. Sebelum tu i cite kat dia yang i nak beli pregnancy test. trus dia, ok2. jom pegi skang! ait? dia pon eksited. isk..isk..isk..





Sesampainya kat guardian tu, boleh saya tak nampak pintu guardian tu tertutup. i ingat lelaki yang baru masuk tu tengah pegang pintu cermin tu untuk bagi i masuk. takde actually. Ape lagi, saya TER-REMPUH lah pintu cermin guardian tu. bANGGGG..Ouccch! sakitnye..... serius its very painful!! kena kat mulut i ye kawan2. Saya tengok orang kat dalam guardian tu pandang saya. Malunyaaa. pastu SS yang baru sampai tanya nape. then dia gelak. Saya ni pon cover line ler masa nak masuk guardian tu.. aduhhh sakitnya hidung. padahal mulut yang kena. Berdarah pulak tu. SS gelak-gelak je. Pastu kecik hati kat dia. Saya yang tengah sakit ni boleh dia gelak-gelak lagi. Airmata pon keluar.... terus dia panik. teruk ke? i bagitau la mulut saya sakit. dah bengkak dah rasa. Trus dia say sori. nasib baik sikit je darah. terus i jadi mooddyyy. tapi jap je. Mana boleh moody lama-lama.. nanti suasana jadi tak best kan!





lepas buat pembayaran, kitorang pon balik umah. nak masak untuk makan malam. i just nak masak ayam goreng and Sayor campur goreng. Sedappnye!





Cerita tentang test...?





 jeng...jeng...jeng.....






Apekah perasaan anda di kala ini??






Epppppp! jap....jap....... actually ini bukan i taw... i just cilok gambar ni dari OHbulan. ini kan gambar official Diana Danielle! dia share photo ni kat semua untuk memberitahu bahawa She's pregnant! baru 16 hari nikah kan..... Suburnye dia! Congratz D n Farid.








Dan saya..? tak sempat pon nak test benda tu. Sebabnya masa i nak mandi, dengan tetibanya ade Red Spot kat panties i kawwww....... ish... tadi petang check takde. skang ni dah ade pulak. nak jadi chipsmore yek! Simpan untuk bulan depan la alat menguji kehamilan tuu.. i pon menyampaikan la berita ini kat SS. dia cakap, oyeke.. erm takpe la. Next time!






conversation pagi ini..


" sayang dah test ke tadi? "


' ait, dah period semalam.... tak payah la check lagi kan.....'


" oyeke...camtu eh..?



'ait?? garu kepala.... tak payah la sayang.... lepas ni kita try lagi ye SS ku sayang! hehehehhe..




InsyaAllah. Pray for us.



So, begitu la cerita i tentang first time nak test-test. n i memang tak tau ape-ape. Glad ada kakak-kakak kat opis yang boleh i jadikan sebagai panduan dalam menyelusuri alam rumah tangga ini. Terima kasih dear kakak!








Till then.....







Bye.







Miz Sharmia








Thank You For Reading My Stories

Monday, November 19, 2012

Mengimbau Kenangan 1


Assalamualaikum.



 Arini ape cite? hows your weekend? harap ianya 1 weekend yang indah-indah belaka. mesti ada antara you alls g tengok wayang kan. tak pun pegi shopping. tak pun pegi jalan-jalan cari makan. tak pun.. tak pun.. ape daa. hehe. anyway, selamat bekerja semua!





Hari ini SS hantar saya pegi keje. 1st time semenjak kahwin ni. and first time jugak dihantar naik motor. Owh i feel nyaman jer walaupun cuaca di Putrajaya pagi tadi amat mendung. Sekejap lagi akan hujan laa tu. anyhow, my pagi ni sangat best! 





Why..why....why...... ?






jom mengimbas memori!






Dulu masa saya keje dengan dealer Proton kat Kepong, he is the one who hantar and amik saya dari keje. tak pernah dalam seumur hidup saya di hantar dan di ambil dari keje almost everyday macamni. except my dad la. yang tu toksah cito la kan. haha. tapi masa tu i pikir, ala..... dia baru nak ngorat kite, macam-macam la cara nak tawan hati kite kan. so i tak serius sangat benda ni. nanti esok-esok bosan jugak la dia tu. Sampai officemate i cakap :




Hema    : Beznya mia, sekarang dah tak payah naik bas & teksi lagi. Sudah ade Lam-peng-you!

Man      : yelah... dah ade abg sayang la katakan.

Mia       : eh takde la..... kawan biasa jer.. just kawan okeh! Peng-you saja maaa...

Man      : Eleh...... lelaki, kalo dah menghantar dan mengambil sorang awek tu dari keje, maksudnya dia        bersungguh-sungguh lah. On time lagi tu aku tengok. takde lelaki kat dunia ni sanggup nak datang amik       pompuan tu kalo tak sayang/suka. buang karan jer. dorang pon banyak lagi keje nak buat! dulu aku pon camtu jugak. dah kawin, pegi keje sendiri la. hahahahaa..

Hema : betul..betul..betul man... agree!

Mia : tapi......

Ms. Tee :   Ah..takde tapi-tapi mia.. memang betul. itu laki ah, memang suka sama kamu punyaa! jangan cakap lah kawan.

Mia : Oyeke....... hmmm.. *berfikir*





alamak...rindunya dengan officemate i semua tu. 1malaysia kat situ. they are very nice and true friends! if only u orang read this, i just want to say that i miss u all so much and you are very good friends. Love that moments!





Ok stop.





tapi tak dapat dinafikan lah.. dia memang macam tu. dari dulu sampai lah sekarang. bayangkan, pepagi sebelum dia g keje, dia antar mak dia dulu g ampang, pastu patah balik umah untuk menghantar saya ke Kepong. Pastu baru die masuk keje kat KL. Untuk petangnya, kebetulan dia and mak die balik kul 5, so dia hantar dulu mak dia balik pastu dia g kepong amik saya. Ngam-ngam dia sampai, time tu jugak la saya baru berkemas untuk balik. So, dia memang sharp! dan saya orang yang paling hepi. tak payah nak tumpang orang, tak payah nak naik bas yang tak pernah berpeluang untuk duduk, sampai umah sebelum pukul 6 and tak pernah nak menempuh jem lagi. segala-galanya dia. nak ke KL cari dia. nak ke hospital cari dia. nak beli barang cari dia. Hidup saya menjadi senang! best kan. cuma bezanya, semasa saya dah keja di Putrajaya (setahun daaa ), dia dah tak boleh menghantar saya. Nasib baik saya dah boleh drive sendiri. So, i can handle myself. itu pun dia yang beriya-iya suruh saya amik lesen memandu dulu. kalo tak, sampai sekarang saya takut nak pijak brek, minyak and klac! thank u for that. n thanks jugak sebab awk bagi saya pakai kete keshayangan awak tu. *orang laen dia tak bagi* heheheh...







dan hari ini.... dia hantar saya pegi keja naik motor. 1st time selepas kami kahwin. Biasanya saya bawak kete, dia naik motor daripada Putrajaya ke Ampang. Kadang-kadang i memang kesian kat dia. Ulang alik Putrajaya-Ampang. tapi i suka la sebab i memang malas nak bawak kete! hehe








Thats why, saya rasa nyaman sangat pagi ini. saya suka dengan perasaan tadi. ianya benar-benar mengimbas kenangan lalu. Naik motor je, trus saya terdiam dan fikiran melayang ke saat dulu. dan Jawira Sdn Bhd, my ex company, menyaksikan ikatan kami yang pada mulanya kawan hingga lah ke jinjang pelamin! and my ex-officemates always there on my engagement and my wedding day! So sweet!








and for my sayang SS, thank you very much. u always there on time when i need u. always. thats why u are my king of my heart! 




ohh...silaunyer......  otw from P11 to P2.....







p/s :  26hb ni kena renew driving lesen! no more P on my left car! orang yang paling hepi ofcos la SS sebab ktorg selalu gaduh tentang huruf P ni. if dia yang drive, dia selalu tanggalkan P. i cakap jangan. nanti mesti lupa nak pasang punya. last-last  kena tahan JPJ disebabkan tak melekatkan P, dia still tak serik! ciss! nasib baik abang jpj tu lepaskan i....... selamat lesen i.






till then,







xoxo






Sang Isteri a.k.a sharmia......



Thank You For Reading My Stories

Friday, November 16, 2012

Our HoneyMoon Review - Day 1



Assalamualaikum Wbt...



Halo-halo semua. Apa Kabar hari ini? ada sihat kah? Selamat menyambut Maal Hijrah yer. Semoga apa jua bentuk penghijrahan kita diberkati Allah SWT.




Tanpa membuang masa lagi, meh saya bawa anda semua ke bali! nak tak? heheheh.. takde-takde, nak bagi tengok je pic-pic saya kat Bali hari tuu.. bagi korang teruja nak g Bali actually. Teeeheee! its All about HONEYMOON (HM) saya  ler.




Untuk flight tiket ni kami memang dah book awal tahun lagi nak HM ke Bali. Actually sebelum tu kitorang memang dalam dilema jugak la samada nak HM ke Krabi @ Bali. Citer punya citer last-last kitorang memilih Bali sebab saya rasa disamping nak Berhani-hani Moon, saya nak jugak buat aktiviti lain. takkan nak duk hotel je sepanjang masa kan. Alang-alang dah sampai negara orang, kena lah kita menyelami budaya dan tempat-tempat menariknya. kan! n before this i  memang dah google-google tempat2 yang harus di lawati. Memang i teringin sangat sampai ke Bali neh. Sebab, budaya & tempatnya saya rasa memang menarik!




Untuk trip percutian ni saya memang tidak booking untuk supir & hotel sebelum ni. Kiranya macam gamble je la perjalanan ni. Harap-harap it goes well.




Day 1
17 Oct 2012
Departure @ LCCT Kuala Lumpur  : 9.25am
Arrive @ Denpasar  : 12.30pm


Bergerak dari rumah pukul 6.30am dari Kepong ke LCCT. Eksited mak ayah nak menghantar kitorang. Heee..  tapi tak sempat pon nak breakfast dengan mak dan ayah kat airport tu. takut terlepas plane!So selepas cium-cium dengan mak ayah, bermula la journey to the Bali kami. Breakfast kat dalam Kapal. Uits, terasa seperti berada di Indonesia daa. baru dalam kapal kot. mana taknya, semua pramugarinya, co-pilotnya sume bercakap dalam bahasa indonesia. Buku panduan, iklan-iklan, sign-sign, menu-menu suma dalam bahasa indonesia. Tapi yang beda cuman makanannya. Masi ada kok Nasi Lemak Pak Naseer.. heheheh.. maksudnya makanan sama seperti makanan rutin airasia dalam kapal. okey la. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam. dan dalam masa itu jugak kami gelak-gelak tapi cover, bercerita-cerita, dan akhirnya tertido!


Tu la kapal terbang yang membawa kami kesini......


Ngurah Rai Airport


Sampai-sampai jer, saya dan Sang Suami saya terus grab pemplet-pemplet yang ada kat situ. sekadar nak ikut orang jer. Sebab most of them terus amik pemplet tuu. Lagipun saya dah contact Supir sebelum fly tadi. Cepat dorg respon email i! Dia cakap dia akan tunggu kitorang kat luar airport nanti. so tak payah pening da nak cari supir kan.



Untuk hotel saya dah tak tengok yang lain dah. memang akan stay kat Tune Hotel kuta. Sebab murah kot. Kitorang memang cari yagn budget-budget rendah je. Almaklumlah... orang baru kawin, kena berjimat-cermat kan. isk. isk.isk. jalan nak kesini, fuiyooo.. lorong-lorong kecik jer. muat-muat 1 kete kot. Padat dengan rumah kedai. Nasib baik orang kat sini da biasa. dan cuaca, memang panazzz gitu. kat tempat kita panasnya takde la sampai gigit-gigit kulit. kat sini..... hmmm... tapi so far kita boleh la hadapi semua ni. takde la sampai panas nak mamp!


bergetar je tangan mengeluarkan duit rp1juta lebih tuuu... hahaa



Oh yer, ini adalah Agung. Si supir kami...... Nak pak isme, tapi ini yang dapat. cis!

Sebenarnya untuk Day 1 ni, kami tak pegi mana-mana actually. Lepas je check-in, kitorang lepak dalam bilik. Sebab agak letih kot. Kena pulak Sang Suami saya demam. Adui.. So, Agung, esok kita jumpa yer! Pick-up service ni berharga rp50ribu. Berbaloi jugak.


Tune Hotel, Hotel yang kecik dan agak murah kot. berpegang kepada prinsip, Bayar 1 star n tido 5 star! erm ok la... sebab katil die memang 5 star! empuk n bersih sangat. Walaupun bilik kitorang tu kecik jer, ok la tu.. dah nama HM budget kann....... but stil rasa selesa!. macam tak nak bangun n kua jer. So, ape lagi.. kitorang lepaking, tengok channel indon yang kurang paham, surf internet n ehem, korang tau le kan. Hahaha. *geteh orang sabah bilang!*


 Lepas tu trus pegi berjalan-jalan area kuta. sekali ngan jalan-jalan cari makan. Nak makan nasi...... tapi kat mana? KFC le jawabnyer. dan saya suka dengan PR orang sini. Dorang agak friendly. Kat kaunter KFC tu dari jauh lagi dah senyum-senyum menyambut customer. Rasa best jer.

Haruss la bergambar depan hotel........

tuu diaa.... Sang Suami saya.....

Sekitar Bandar kuta



Branded items just along the road. Memang banyak. Quiksilver  bersepah kat sini.


Sabah ker Gabah..?

Cehhh..posing la sangat... hehehe.. juz nak bagi tunjuk KFC n PH jer...

Tak banyak tempat kitorg pegi. Just round-round jer. n sempat singgah Guardian beli barang-barang keperluan. Erm murah jugak kat sini. yang paling saya suka, Garnier light punya pencuci muka. kalo size besar kat Mydin dah RM12.90. kat sini baru RM5.90... murah kan.....  menyesal tak singgah beli lagi... isk. Disebabkan Sang Suami saya dah merah-merah hidung and muka, terpaksa la saya balik hotel. Kesian dierr.


malam tu kita chit-chat jer with a cup of nescafe. Rasa segar. pastu cit chat lagi sampai tertido! pagi esok kena bangun awal kan! Full Day trip!




K la...... itu jer untuk Day 1 ktorang. pasni Day 2 pulak yer... :)





Have Fun.













Thank You For Reading My Stories

Thursday, November 8, 2012

Inai semasa di hari bahagia..




Assalamualaikum sume..
  



Hari ape kabar? Saya harap semuanya sihat walafiat di sampin suami tercinta serta family yang tersayang. Sejak akhir-akhir ni, cuaca agak tidak baik. Hujan selalu. Kalo bukan pagi, tengahari. Dan kalo bukan Tengahari, Malam. Biasa lah, lumrah alam pada kita, negara yang berada di bawah iklim khatulistiwa atau lebih dikenali sebagai iklim hutan hujan tropika. Tapi bersyukur sangat kita kan. Tak tergolong dalam negara2 yang selalu di timpa bencana alam seperti Tornado, volcano, earthquake dan sebagainya. Alhamdulillah. I LOVE MALAYSIA.





So, pada mereka yang tinggal di Pantai timur lebih-lebih lagi di persisiran pantai agar sentiasa berhati-hati dan sabar dengan dugaan ini. Semoga sentiasa sihat dan hadapilah dengan tenang ye! Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada bencana-bencana buruk. 






Okey.. okey.. lets straight to the point..






Sebenarnya saya nak share dengan korangs tentang inai yang saya pakai semasa di hari pernikahan aritu. Saya hanya membuat inai saya pada 2 hari sebelum berlepas ke KK. kenapa dua hari sebelum? Sebab itu je masa yang saya boleh ke Masjid India. Dalam hati, harapharap lah tak cepat tanggal ukiran inai ni. yela, 5 hari kena tunggu ke hari pernikahan. Tapi saya memang ada membeli la inai yang packing macam colgate tu. in case of nak tambah mana-mana ukiran yang da hilang. So far, its useful!






Alahai...halusnye ler tangan haku tuu... hmm.. keding jer.. isk..isk..isk..









Actually kat area Masjid India ni berlambak wanita-wanita india duduk menanti customer. Masing-masing punya kebolehan yang tersendiri. Mahal tak mahal jer. Adelah skali tu sorang makcik offer kat saya n Sang Suami ( mase tu tunang ). Bagus jer saya tanya itu ini. Saya just nak yang simple but nice. Sekalinye dia cas i RM10 bagi 1 tangan. Uits, mahal kot. Last-last beredar, takpe-takpe makcik. Saya tengok-tengok dulu.





Sang Suami  : Nape tak duduk je. Ok le tuuu.

Me : Isk, tak nak la... ade lagi yang murah kot.. jom tanya akak india tuu..

Sang Suami  : Awak ni.... nak yang murah aje...... tapi kalo ade lagi yang lebih murah, OK GAK Tuu..


Me : 8__8! cis... ape daaa..!






So saya pon tanya ler akak india tu.. India lagi ok kot. Yela,  dorang kan suka inaikan tangan dorang masa nak kawin. Dari jari sampai ke lengan penuh dengan corak inai. Cantik tapi crowded lak saya tengok. Saya tanya corak yang saya nak kan...n kakak tu bagi murah jer. Rm5 bagi sebelah tangan. Semua RM20 sekali ngan Kaki2. Well, best n agreed! Akak kat sebelah tadi pandang jerr.. sori hakak. heheheh..






Sori moral of the story, tanya betul-betul dulu yer. Even dia buat yang heavy pon, dia stil cas RM5. So, selamat memilih!











* tapi untuk kuku, saya takde la nak pakai. Saya nak pakai yang ori punya. Inai Daun lerrr.. hehehe...









Weewittt..... Mia with the mini pelamin ciptaannya... heheh





 So, itu ler inai yang saya buat kat masjid india tu. Simple n nice la pada pandangan saya. Tak tau ler korang kann.. tapi harap-harap nice la kan.. Ayat simpati nmpak! hihihi...






Tapi untuk Majlis bertandang pulak, Saya buat lebih heavy dari yang nie. Cantik tapi masa tu nek motor balik umah, kebetulan ujan lebat n inai tersebut tak dapat diselamatkan. Ape lagi, abes baju kitorg kena oleh inai yang sememangnya susah untuk dihilangkan. Pengalaman! Tapi pic taktau mana pegi. Kena cari dulu ye. Baru saya tepek kat sini. haha..






Ok la.... Sampai sini saja la yer kawan-kawan.






Pasni saya nak berjalan dengan Tan Sri Presiden. Hujan-hujan camni.. tapi takkan cancel punya! isk. takpe, menyihatkan tubuh badan. Walking is the best excercise for those who malas nak bersenam. like Me! hahaah.


till then.




Bye.



 






Thank You For Reading My Stories

Thursday, November 1, 2012

Majlis Bertandang yang penuh dengan aktiviti!



Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. eh tengahari.. eh malam...

Amacam arini? ada okeh ka? hope sentiasa sihat-sihat yer. owh, November.. we meet again. Bulan sebelas ni agak istimewa sedikit bagi saya. Yelah, bulan ni lah yang akan sentiasa menggenapkan dan mengganjilkan umur saya ni. Sentiasa bertambah dari tahun ke tahun dan menambahkan lagi keTUAan saya ye kawan-kawan. Teheee.. (6_^)   Of coz la kan. takkan umur semakin lama semakin berkurang pulak kan. isk..isk.. ape daa..



Alamak citer ni dah ke laut pulak. Tak padan dengan tajuk yang kat atas. Okeh-okeh, saja jer tu nak bagi bagi pembuka kata sikit. Biasanya dalam esei BM kalo pendahuluan kita cantik, maka cantik la isi-isi penting kita. Si penyemak kertas pon hepi je baca.. So dengan itu, boleh la kita skor A kan.

alamak..ke laut lagik. cis!


Actually, saya nak share dengan korang tentang majlis bertandang saya aritu yang diadakan seminggu selepas majlis kat Kota Kinabalu. Antara KK & KL, cepat dan tangkasnya kami kan. hehehe. Ape yang boleh saya ulaskan, majlis di KL agak best kot. penuh dengan aktiviti. Majlis bermula dari jam 9.30 pagi sehingga ke jam 6 petang. Pack!


Acara dimulakan dengan berzanji bagi geng-geng surau. Dibuat di bawah kanopi majlis pada awal pagi sebelum para tetamu datang. Saya sebenarnya tidak berapa tahu tentang aktiviti ini. al-maklum lah pengantin perempuan kan sibuk setelkan apa patut kat kat rumah dan kat dewan surau untuk ucapara berhias. hihi.


Ni ler geng-geng surau Al-Hikmah PPR Beringin. Banyak aktiviti yang selalu mereka anjurkan. Syabas gitu!









Grup-grup serunai membuat persembahan apabila para tetamu jemputan telah pon sampai sedikit demi sedikit. Pada masa mereka menjamu selera sambil menunggu kelibat pengantin yang dijadualkan bersanding selepas waktu Zohor, mereka di hiburkan dengan alunan gemersik serunai serta gendang silat yang didatangkan khas dari BLOK E. ait, takde lah jauh kan. area rumah ktorg jugak. Untuk pengetahuan, saya & sang suami sebenarnya duduk kat blok B. masing-masing tinggal dengan family. Rumah family saya tingkat 6, dan dia pulak kat tingkat 17 sana. Dan blok itu jugaklah yang menemukan saya & sang suami seterusnya sampai ke jinjang pelamin. Kebetulan pulak area PPR Beringin ni kat Jinjang Utara!  its all about Jinjangs. NGAM! hehehe..  Diikuti dengan persembahan tomoi yang sememangnya ' tak pernah saya tengok sebelum ini kat majlis-majlis orang ada tomoi ' dipersembahkan. Mereka ni didatangkan khas dari Baling, Kedah. Jauh datangnyer kan.





Duduk di Sebelah Pelamin. Mind the scallop! looks weird & colourful right. hehe..





Para grup kompangs sedia menanti dan bersedia...... ait? garu kepala..

Diketuai oleh adik pengantin lelaki.... pengantin tu laki aku la kan..? heheh..





Sementara itu di bilik dewan surau kelihatan pengantin perempuan di dandan serapi-rapinyer. Chewah.





Dan mempelai pun akan menuju ke tempat persandingan. OHEMGEEE... boleh pulak kami, pengantin nie, berarak dari lorong masuk ke Taman Beringin ni dengan MOTOR berkuasa tinggi! takda dalam perancangan nie. jauh kot nak berarak. Sebab dikhabarkan ada sekumpulan grup motor berasal dari Baling akan datang memeriahkan majlis. Nih mesti Abah pengantin lelaki punya citer nih. Dia kan orang kuat Persatuan Baling kat sini. Hmmm.. terpaksa naik la demi untuk perkahwinanKU. Cepat-cepat saya call ahli keluargaKu yang nak berarak belakang pengantin agar tunggu dengan sabar. agak best jugak. TAPI, sungguh tak disangka pengantin perempuannya agak sukar untuk membonceng Motor ittew.. so, plan was changed. Tak depak nek moto, disuruhnya pulak kitorang, pengantin nie, naik STORM. OHHEMMGEEE.. pulak daah.

With my six inch heels, i gagahkan jugak untuk memanjat kereta Storm Ittew tetapi dengan bantuan Sang suamiKu ler. giler nak panjat. malu ler den kalo tersadong depan mat-mat motor tu kan. heheh.oopss, dari atas kereta tu saya sempat melambai ke arah Pegawai Ku yang dah nak balik. Katanya, dia dah lama duk kat situ and agak lama untuk menunggu pengantin bersanding. So, dia balik. n tak sangka boleh terjumpa pengantin bersanding di atas STORM ittew. hehehe. macam-macam!




There we go bebeh! 


Motors and the STORM yang masih ade lambang P. haha





jika ditanya tentang pengalaman ini, i would say, such a new experience for me. Never did this before. Laaa..Of coz ler, saya kan baru kahwin. Mana rasa benda ini dolu-dolu. isk..isk..isk..  takde la, sebenarnya saya agak malu-malu kucing jugak laa sebab kami berarak mengelilingi Taman Beringin, Blok D, E, F dan seterusnya blok A & B. pastu siap melambai-lambai dengan senyuman yang meleret lagi kitorg kat sume orang kat bawah, atas rumah, kat pelosok lubang pon ade.. Bajet macam retiss la konon. macam Miss Universe pon ado! Haa.. ko hade?




Sesudah pengantin & pengapit turun dari kereta STORM ittew... and my family semuanya kat belakang sana....






Sesi bergambar kenangan dengan para motor besar. Tetapi ramai sangat orang nak tengok retis kahwin, eh silap pengantin kahwin, so menyukarkan untuk bergambar dengan para motors.






Apabila Pengantin di sambut oleh Mak Abah pengantin lelaki.. Kat sini ade adegan nanges-nanges tau. Sedih. 







Apabila melepasi pintu gerbang kamii........
Apabila pengantin duduk di atas pelaminan....... Malunyerr.. semua mata pandang-pandang kitorang...... aww..







Acara dimulakan dengan bacaan doa bagi  merahmati majlis






Seterusnya acara persembahan.. ha yang ni kalo pengantin duduk statik memang tak makan la penganti sampai ke petang. memang banyak acaranya. takde la banyak sangat tapi masa yang diambil untuk 1 acara tu memang lama. takpe takpe... acara yang pertama ialah.


Persembahan kompangs. Banyak lagu yang di persembahkan. Best. Best.







Yang keduanya adalah....

Persembahan silat oleh si cilik nie.... eh nape tendang bontot tue?? hehe







Seterusnya......tak lain tak bukan... T.O.M.O.I

mamat ijau tu bukan Hulk tau..tapi dia macam refereee ler.. hehehe







 

see the crowd..... so many-many kan..... tomoi kot...






Tomoi ini diringi oleh muzik dari serunai dan jugak gendang tomoi...... ala macam cerita BUHOHAN gitu..








budak seluar pendek itam ni memang bersungguh2 nak menang.. persembahan je kot..... no need trying hard. sian kat seluar kuning tuu.. i tengok pon agak gerun.







kalo nak tunggu benda nie...memang tak makan la pengantin.... tapi nasib baik da siap. n pengantin pon pegilah ke meja beradap. masa menunjukkan jam 3.30pm masa tu. cian pengantin kelaparan atas pelamin. Tapi nasib baik sebelum saya di rapi serapi-rapinye, saya sempat makan bagi mengisi perut yang kosong. Sebab memang selalu dengar yang pengantin akan jadi lapar kalo duduk sepanjang masa. So, sediakan payung sebelum hujan! hebat tak. hahahah





Yahooo...air asam...... sedapnyer.. !




Makanan kat atas meja beradab tu memang sedap sesangat.. tetapi pengantin kurang menikmatinya kerana tidak fokus dengan makanan sangat. ayat pusing! asyik fokus kepada persembahan kat depan kitorg. Boleh MC majlis buka lagu ORANG KAMPUNG versi dusun dan kebanyakan sepupu saya pi dok menari kat tengah-tengah tu. Lebih gamat bila ramai yang menyerti tarian ala-ala sumazau ini terutamanya si bapak pengantin lelaki. my FIL.





Acara kemudiaan di gamatkan oleh Leng-Leng iaitu adik perempuan saya untuk menari tarian tradisional suku kaum kami iaitu Suluk yang dinamakan taraian pangalay.

Abang ipar Sang suami menyelitkan RM10 kepada adik-ku. total yang dia kumpul dalam masa 5 minit menari adalah sebanyak RM290. WoW!





Seterusnya kedua-dua mempelai pulak di arahkan untuk menari tarian yang sama. Yang ni memang da agak akan kena. So, sebelum ini memang kitorang dah prepare awal-awal. belajar sikit-sikit. Saya memang tidak dianugerahkan memiliki badan yang lembut, menari agak sukar. sebab nak kumpul duit g BALI actually kitorang memang nak MENARI! hahaha..


tengok tu....menari youuuuu.. Leng-leng plak tukang jaga kain & duit KAMI. hehehe





Pak Long baru sahaja menyelitkan duit kepada ktorg. ehehh






Badan yang agak keras untuk menari. haha..





Korangs mesti nak tau total yang kami dapat kan? well, setelah berhempas pula menari selama 5 minit, RM400++ campur matawang Thailand & Singapore telah terkumpul! wahhh...pe lagii....jom Baliii......!



Fuhhh.... panjang sungguh entry kali ini kan... takpe la... singkatkan lagi..... ni acara seterusnya....



acara yang paling best saya rasa adalah poco-poco. memang rasa gorjes sebab ramai yang join poco-poco nie. di mulakan dengan Leng-leng and the cousins with the pengantin. sampai 2 kali orang request nak menari. kali ke-2 tu masa kat akhir2 majlis. lagi best sebab sume pakat nak berpoco-poco! haha





baru belajar steps..sebelum ni tak pernah nak menari poco-poco! hehe






tuu diaa..... steps sudah dapat! heheh.. Leng2 selaku instructor!






Karaoke.. My dad mendendangkan lagu My Way by Tom Jones! Sedap.






Acara cabutan bertuah bagi semua penanggah..






Aktiviti bergambar. gambar diatas adalah family sang suami. dari kiri Aizam adiknya, Abah, Mia, Kak Mida kakaknya, Fit,Mak, Abg Lan iparnya dan jugak Akim anak buahnya.. 




Para marhabans & the penanggah...

 





Upacara memotong kek! thanks kak mida for the fresh rose bouquet







Pengantins bersama Mak Ayah memasing....






Last but not least... the Wedding cake. Chumellss..





Fuhhh... memang entry terpanjang lah nie........ its ok its alright. tak baca pun takpe. tengok gambar suda ye.. hhehehe..chewah. Secara Kasarnya, saya mensimpulkan bahawa majlis ini berjalan dengan lancar. tetapi biasalah kan, setiap cerita mesti ada pro and cons. sama jugak seperti majlis ini. Ape yang saya harap agar semua tetamu yang hadir dapat memaafkan kami sekiranya ada salah silap dan ape-ape yang diluar jangkaan dan ketidakpuashatian terhadap layanan kami terhadap anda. We are sorry...

Ok lah... sampai sini jelah mukadimah saya tentang ajlis bertandang yer.... enjoy it bebeh! haha







Love,





Sang Suami & Sang Isteri





Thank You For Reading My Stories