Showing posts with label HoneyMoon. Show all posts
Showing posts with label HoneyMoon. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Selamat kembali Mia.




Assalamualaikum semuanya. rindu rasanya dengan blog cinoet saya ini. lama giler tak jenguk. nak kata kebizian melampau tuh takde la jugak. tapi tetiba nak jadi baik-baik je dalam opis. tak mau la sambil buat keja, sambil tu jugak nak google-google. Sebab, saya ni kalo dah sekali nak meng-google or BW, hmmm..alamatnya keja i tak abes lah. lepas tengok tu, nak tengok yang ni pulak. click sini, click sana pulak, salin resepi itu, salin resepi ini pulak. oh..no..no.. not good. not good. maka dengan rasminya PRODUCTION kerja i makin menurun. Sapa yang susah? Saya jugak. malu ngan opismate yang lain. isk.isk.isk.




takpe la kan. kalau kat umah i dah pasang unifi, of course lah i jenguk-jenguk, update-update, google-google sampai lebammm.. tapi bila nak PASANG????? next year laa.  *next year tu just around the corner je lagik...






Tak lama lagi tirai 2012 ini akan di tutup secara rasminya pada 31.12.2012 tepat pada 1200 tengah malam. hehe.info yang budak kecik pon tau.haha. i harap agar segala azam yang tersemat di kalbu pada tahun ini telah pon terlaksana dengan jayanya. Pada yang belum terlaksana dengan jayanya itu, its ok its orait, kita C/F je la yer. tapi make sure tahun depan azam tu berjalan dengan jayanya okeh?. *banyaknye perkataan jayanya..







Apa perancangan u'olls hujung tahun ni? nak g mana2 ker? meh la kiter share-share. actually, esok me and my husband akan ke Miri, Sarawak. saja nak jalan-jalan. tapi ramai yang tanya, banyak-banyak places of interest, napa Miri yang menjadi pilihan. tempat tu takde la banyak tempat-tempat yang menarik kan. yang ada hanya lah Bandaraya perindustrian yang maju dengan sumber minyaknya. isk. jangan camtu, setiap tempat ade la tu yang best kan. jom ler kite figure it out bebeh! Sebenarnya, we'olls ke Miri ini atas ehsan tiket daripada bestfriend saya tuu. dah lama sangat dorang 1 family suh pegi Miri. Tak pegi pegi jugak. Last-last dalam diam dorang belikan kami flight ticket. dengan alasan? HONEYMOON KALI KE-2. OMG. tak bleh blah dengan alasan. hehe. Nak ke Miri untuk berhoni-honi moon? haha. tapi i lagi ler suka sebab dapat travel pi Sarawak nun. at least lengkap lah negeri kat 1 Malaysia ni i pegi. tapi yang lagi best, nanti dah sampai sana, of course la we'olls akan ke Brunei Darussalam. negara yang 1 ni duk sebelah je ngan Miri tau. yeahh. eksited of coz!


thank you dear Angelina for sponsoring us to go there. nanti sampai sana buat suprise lagi yek. hehe







Bandaraya Miri





Masjid yang tercantik di Brunei Darusalam.



*credit pic from google.






ok la... sebenarnya i dah tak ade idea nie....tadi bukan maen nak tulis itu tulis ini. but its gone with the wind. Ye lah, angin dari arah Miri tu dah memanggil-manggil lah katakan.heheh. so idea  terputus tengah jalan. ahaha..





 nanti i update lagi yerrr.  






Selamat kembali dari berHONEYMOON second time Mia... weeeheeee!



ooopsss,





Sebelum tu i nak wish kat u alls Happy New Year. Bye 2012 n we always welcome you 2013.







SELAMAT TAHUN BARU 2013 








xoxo.






Love, Sharmia




Thank You For Reading My Stories

Friday, November 16, 2012

Our HoneyMoon Review - Day 1



Assalamualaikum Wbt...



Halo-halo semua. Apa Kabar hari ini? ada sihat kah? Selamat menyambut Maal Hijrah yer. Semoga apa jua bentuk penghijrahan kita diberkati Allah SWT.




Tanpa membuang masa lagi, meh saya bawa anda semua ke bali! nak tak? heheheh.. takde-takde, nak bagi tengok je pic-pic saya kat Bali hari tuu.. bagi korang teruja nak g Bali actually. Teeeheee! its All about HONEYMOON (HM) saya  ler.




Untuk flight tiket ni kami memang dah book awal tahun lagi nak HM ke Bali. Actually sebelum tu kitorang memang dalam dilema jugak la samada nak HM ke Krabi @ Bali. Citer punya citer last-last kitorang memilih Bali sebab saya rasa disamping nak Berhani-hani Moon, saya nak jugak buat aktiviti lain. takkan nak duk hotel je sepanjang masa kan. Alang-alang dah sampai negara orang, kena lah kita menyelami budaya dan tempat-tempat menariknya. kan! n before this i  memang dah google-google tempat2 yang harus di lawati. Memang i teringin sangat sampai ke Bali neh. Sebab, budaya & tempatnya saya rasa memang menarik!




Untuk trip percutian ni saya memang tidak booking untuk supir & hotel sebelum ni. Kiranya macam gamble je la perjalanan ni. Harap-harap it goes well.




Day 1
17 Oct 2012
Departure @ LCCT Kuala Lumpur  : 9.25am
Arrive @ Denpasar  : 12.30pm


Bergerak dari rumah pukul 6.30am dari Kepong ke LCCT. Eksited mak ayah nak menghantar kitorang. Heee..  tapi tak sempat pon nak breakfast dengan mak dan ayah kat airport tu. takut terlepas plane!So selepas cium-cium dengan mak ayah, bermula la journey to the Bali kami. Breakfast kat dalam Kapal. Uits, terasa seperti berada di Indonesia daa. baru dalam kapal kot. mana taknya, semua pramugarinya, co-pilotnya sume bercakap dalam bahasa indonesia. Buku panduan, iklan-iklan, sign-sign, menu-menu suma dalam bahasa indonesia. Tapi yang beda cuman makanannya. Masi ada kok Nasi Lemak Pak Naseer.. heheheh.. maksudnya makanan sama seperti makanan rutin airasia dalam kapal. okey la. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam. dan dalam masa itu jugak kami gelak-gelak tapi cover, bercerita-cerita, dan akhirnya tertido!


Tu la kapal terbang yang membawa kami kesini......


Ngurah Rai Airport


Sampai-sampai jer, saya dan Sang Suami saya terus grab pemplet-pemplet yang ada kat situ. sekadar nak ikut orang jer. Sebab most of them terus amik pemplet tuu. Lagipun saya dah contact Supir sebelum fly tadi. Cepat dorg respon email i! Dia cakap dia akan tunggu kitorang kat luar airport nanti. so tak payah pening da nak cari supir kan.



Untuk hotel saya dah tak tengok yang lain dah. memang akan stay kat Tune Hotel kuta. Sebab murah kot. Kitorang memang cari yagn budget-budget rendah je. Almaklumlah... orang baru kawin, kena berjimat-cermat kan. isk. isk.isk. jalan nak kesini, fuiyooo.. lorong-lorong kecik jer. muat-muat 1 kete kot. Padat dengan rumah kedai. Nasib baik orang kat sini da biasa. dan cuaca, memang panazzz gitu. kat tempat kita panasnya takde la sampai gigit-gigit kulit. kat sini..... hmmm... tapi so far kita boleh la hadapi semua ni. takde la sampai panas nak mamp!


bergetar je tangan mengeluarkan duit rp1juta lebih tuuu... hahaa



Oh yer, ini adalah Agung. Si supir kami...... Nak pak isme, tapi ini yang dapat. cis!

Sebenarnya untuk Day 1 ni, kami tak pegi mana-mana actually. Lepas je check-in, kitorang lepak dalam bilik. Sebab agak letih kot. Kena pulak Sang Suami saya demam. Adui.. So, Agung, esok kita jumpa yer! Pick-up service ni berharga rp50ribu. Berbaloi jugak.


Tune Hotel, Hotel yang kecik dan agak murah kot. berpegang kepada prinsip, Bayar 1 star n tido 5 star! erm ok la... sebab katil die memang 5 star! empuk n bersih sangat. Walaupun bilik kitorang tu kecik jer, ok la tu.. dah nama HM budget kann....... but stil rasa selesa!. macam tak nak bangun n kua jer. So, ape lagi.. kitorang lepaking, tengok channel indon yang kurang paham, surf internet n ehem, korang tau le kan. Hahaha. *geteh orang sabah bilang!*


 Lepas tu trus pegi berjalan-jalan area kuta. sekali ngan jalan-jalan cari makan. Nak makan nasi...... tapi kat mana? KFC le jawabnyer. dan saya suka dengan PR orang sini. Dorang agak friendly. Kat kaunter KFC tu dari jauh lagi dah senyum-senyum menyambut customer. Rasa best jer.

Haruss la bergambar depan hotel........

tuu diaa.... Sang Suami saya.....

Sekitar Bandar kuta



Branded items just along the road. Memang banyak. Quiksilver  bersepah kat sini.


Sabah ker Gabah..?

Cehhh..posing la sangat... hehehe.. juz nak bagi tunjuk KFC n PH jer...

Tak banyak tempat kitorg pegi. Just round-round jer. n sempat singgah Guardian beli barang-barang keperluan. Erm murah jugak kat sini. yang paling saya suka, Garnier light punya pencuci muka. kalo size besar kat Mydin dah RM12.90. kat sini baru RM5.90... murah kan.....  menyesal tak singgah beli lagi... isk. Disebabkan Sang Suami saya dah merah-merah hidung and muka, terpaksa la saya balik hotel. Kesian dierr.


malam tu kita chit-chat jer with a cup of nescafe. Rasa segar. pastu cit chat lagi sampai tertido! pagi esok kena bangun awal kan! Full Day trip!




K la...... itu jer untuk Day 1 ktorang. pasni Day 2 pulak yer... :)





Have Fun.













Thank You For Reading My Stories