Showing posts with label My Diary. Show all posts
Showing posts with label My Diary. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Pengalaman masuk Dusun!

Salam pembuka bicara pada pagi ini.

Semoga sentiasa sihat walafiat disamping keluarga, pasangan dan teman-teman. :)

Actually i nak update je tentang pengalaman pertama saya masuk ke kebun buah-buahan. Pelik kan..korang sume mesti dah selalu pegi. i plak baru nak pang pung pang pung.. hehe.Aiya, i selalu terlambat laa kan. huhu.

takpe.i nak update jugak. yela, kat KK i tinggal di kawasan taman. mana dapat merasa semua ini kan. Rumah i bukannya kampung walaupun nama kampung i Kg.Warisan. hihihi. kat umah i just ade pokok pelam, jambu air dan tanaman2 lain. Durian, rambutan, manggis?? of coz la takde. isk.

So nak dijadikan cite, last weekend i follow my fiancee nalik ke Kampung. actually mission kitorang adalah nak jumpa vendors merangkap sepupunya kat sana. So, ngam2 plak sekarang ni tengah musim buah. Dah la dorang ada kebun buah2an. eksited la i.

mula mula ktorang pegi menyelesaikan mission kitorang tu dulu.

.


..


...




Sesi perbincangan yang mengharapkan penghasilan berjaya!






Gediknye i.. but i love that colour. Just trying!






Yang ni lak baju kembang ala2 golongan bangsawan english gitu. ni pon testing je. tp inner tak de. but still posing! sebelah i tu kawan i yang nak bertunang. so, she choose that pink dress. dulu, i bertunang just pakai bju kurung je. isk3.. huhuhu








Ait, dia pon nak jugak. this is the colour that we request for. tapi Fify kata dia nak buat baruuuu. bestnye..hehe





So,



M.i.S.s.i.O.n A.c.c.O.m.P.l.i.S.H !!



Jom masuk kebun!





its duriannn... tapi malangnya, durian tak boleh masuk kat tekak i. but i suka tengok orang makan durian. they just bersemangat!




motif gambar adalah.... nyamuk yg banyak n sihat-sihat belaka..




Mak Ngah tengah menjolok buah rambutan, tugas i untuk mengutipnya. bagus kan...





apabila c tarzan rindu kepada pokoknya..galah pon dia tak heran daaa... hehehe.. juz kidding!





Sedia untuk dipacking. nak bawak g KL. nak bagi sedara mara. tapi i tak snap pulak pokok buah dokong tu. takpe la, yang penting, i hepii.. motip?




on the way home. Gunung Pulai just behind Mr.Petty house. Cantik kan... Sejuk je rase...




Erm penuh kete Mr.Petty oleh buah-buahan. Sampai KL, ingat nak bawak sket ke opis, last2 tak jadi. 1 family i bersemangat makan kesemua peruntukan buah yang saya bawak. even nephew i yang berumur 2 tahun lebih pon memang hantu durian! oo..oh... auntie Mia dah kalah..... ciss




ok la... have fun.. :)






Babai.





*************************



Thank You For Reading My Stories

Tuesday, July 17, 2012

Sponsor? Alhamdulillah..

Assalamualaikum.

Dear dearest,

tinggal 2 bulan sahaja lagi sehingga ke hari bersejarah aku. tik tok tik tok dan dub dab dub dab sering menggangu perasaan aku sejak akhir-akhir ini. Chewah.. Ayat power tu. hehe. but frankly speaking, most of the B2B's outside there are counting their days with so-so nervous. just make it good ladies! same to do with me! go..go..

Persiapan aku so far dah sampai ke 60% setakat ini. Maybe i am a bit late to prepare, but i hope it will goin smooth as planned. 60% adalah seperti :

jeng...jeng jeng.....


1. Kursus Kahwin

yes! abes je kursus i memang lega sangat2. ntah napa. isk ape lah kan. kitorang buat kursus ni kat Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail. jauhnya berkursus. sedangkan kat Putrajaya pon ade. hanya menyeberang jalan je dari rumah sewa. What takes Mr. Petty pegi sana pon i really not sure. Best katanya.sbb boleh jalan2 jauh. isk3. hehe . tentang kursus tu So far, aku memang suka akan ceramah2 yang telah mereka buat untuk bakal pengantin. And of coz its so so many kelakarness. rasa nak gelak guling-guling pon ade. best sangat. rasa nak join lagi. ahaks T__T


2. HIV Test

Alhamdulillah jugak sebab me n my fiancee dah lepas ujian saringan HIV ini. sekali buat dengan Talasamia. Tengok jarum pon membuatkan aku rasa nak cancel ujian ini. but for the sake of my wedding, i have to. nanti tak boleh kawin kan.... naya la saya jawabnyer. i ingat sister tu nak stepler jari, last2 dia cucuk kat tangan yang berurat hijau. senang nak dapat darah katanya. nasib tak berapa sakit. macam kena gigit semut. 'bak kata orang2 ramai..hehe then, its done! venue klinik yang Mr Petty pilih adalah kat Klinik Kesihatan Kg. Pandan! isk3...jauhnye.. katanya, dekat ngan ofisnyer.nasib masa tu i cuti. yolah..yolah..

3. Borang kebenaran Bernikah bagi lelaki

Ha..yang ni pon masa tu i kebetulan cuti. So dia nak jugak minta teman i pegi JAWI. Simple thing. but still wants me to company him. manja ke? hehehe. then i suh dia fill up the form. Last2, tulisan awk lagi cantik..so awak la fill up. hmm...alasan ke? cis. hehehe.. tapi i da isi da. tinggal nak submit je lagi. tapi yang ni turn dia pulak yang g antar. i tak mau join! haha..

4. Borang kebenaran berkahwin bagi perempuan.

Yang ni belom setel. yola, camana nak setelnya. Yang si teruna belom submit form dia. ape ke hei. plus, i have to booked ticket balik KK nanti. Kan sana i nikah. so i kena la prepare things kat sana. tak mau kelam kabut. tapi i blom purchase tiket lagi. takpa2, i ingat i pegi selepas raya nanti. Chow chin chi.


Okeh. itu serba sedikit dokumen yang kitorang sudah buat. untuk persiapan seterusnya, jangan bosan baca tau. sori la, i lupa nak bagi tau awal-awal,

ini adalah entry terpanjang yang i buat. terlebih rajin kot. so, anda dilarang sama skali BOSAN. okeh. hehe. xde la, kalo nak baca, baca lah kan..kalo tak nak tak pe, skip je. hehehhe.


jangan risau mia amor... ni i selitkan gambar ye. ini tentang persiapan tentang perkahwinan. and its about sponsorship dari family and friends. TQ guys. Love ya!

jeng...jeng...jeng...


5. Pelamin


ingat tak dulu yang i nak diy jer pelamin.? kalo tak ingat, lihat post ini....

so i memnag decide untuk mengDIY kan pelamin saya. and hati i sebulat suara untuk menjadikan pelamin di bawah ini sebagai inspirasi. hope i can do it!


Image dari wedding couture

ini sumber inspirasi saya. takde la buat smapi tinggi camtu kan. pelamin i pon dlm khemah je. jangan marah tau kalo i copy2cat. huhuhu. and majlis bertandang pulak i mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kakak kesayangan Mr. Petty kerana sudi mengsponsorkan pelaminan kami nanti. Luv u la kak Mida! hehehe. Syukran sangat. :)


6. Baju Nikah & Baju Bersanding.

last week me and Mr. Petty pergi ke Baling. just bocoz of 1 mission. Sepupu dia nak sponsor baju nikah n baju bersanding! yess. insyaAllah kalo tak ade aral melintang, baju i akan siap pada bulan 9 nanti. sepupu Mr. Petty iaitu Fify merangkap the owner of the butik akan menjahit baju ku itu. Thans sgt2 darls.


baju pink tu lah fify. tengah dok berbincang.



yang ni pulak i konon2 tengah draf baju nikah i tu.. hehe..


7. Official Photography

yang ni pulak a fren of mine and Mr. Petty. dulu kitorg selalu jugak hang together n talk most about the photograhpy. but since masing2 da bz, ktorang da jarang da lepak. One day, Mr.Petty ask him about the quotation untuk OP kami nanti. Then dia reply Mr. Petty yang dia hanya mahukan tiket pergi balik KK to kl and the rest, he will be our OP for F.O.C

Thanks God.


Beban semakin menurun. Alhamdulillah.



8. Mak Andam

Since i tak amik vendors solemnization kat KK nanti, so, kitorg akan import kawan ktorang yang kat tingkat 13 ni untuk pergi bersama2 ke KK. Tiket pon kite da beli untuk dia. n dia merupakan Mak Andam i kat KK nanti. Kebetulan dia memang bekerja di Butik Andaman Davency di Jalan Ipoh.

Thank You Liya budak comot.


Alamak, yang ni belum ade links lagi. nanti i bagi link dorang okehh.





So, untuk pelamin and baju yang i akan pakai nanti kat kk insyaAllah akan menjadi kenyataan. I dont want any andaman vendors at KK except the khemah2 and DJ2. i rasa sangat mahal. Since then ade kawan2 yang ringan hati nak sponsor denagn ikhlas, i memang mengalu-alukan.

bukan bermaksud hendak meminta itu ini, tapi mungkin Allah S.W.T ingin meringankan beban yang kami tanggung ini. Setiap apa yang berlaku itu mesti ada hikmahnya.

Terima Kasih Ya Allah.


Tetapi persandingan kat sini kami memang akan meng-hire vendors. sebab kat sini memang banyak pilihan dengan harga2 yang berbaloi. So, boleh lah memilih dengan ala kadar cukup dengan bajet yang kami telah sediakan.






p/s : harap majlis kami ini berjalan dengan lancar dibawah petunjuk-Mu Ya Allah. Hanya Engkau lah yang memudahkan jalan pada setiap hamba-hambamu.

Sekian.





******************************









Thank You For Reading My Stories

Friday, July 6, 2012

mencari kekuatan

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri

-Said Mustafa



Ya Allah, aku bermohon padamu agar permudahkanlah jalan bagiku dalam menempuh setiap hari yang mendatang ini serta murahkan lah rezeki kami Ya Allah. ( lebih-lebih lagi dalam urusan perkahwinan ku nanti )

InsyaAllah.

Aamin ya rabbal Alamin.




Thank You For Reading My Stories

Wednesday, June 6, 2012

Rehat jap!


Salam senja.

Sekarang i dah memulakan kembali rutin OT yang telah saya tinggalkan sebulan lalu. Actually, tiada paksaan bagi saya untuk OT ini. kiranya macam SUNAT ler. buat dapat pahala, kalo tak buat pun xpe. tak berdosa. ^_6. So, best la. in terms u need to earn extra money, OT is the best answer. so, camni la i. nak kawin ni kena kumpul duit. banyak benda yang perlu dibayar. setakat basic gaji i yang tak seberapa ittew, i tak dapat menampung semua kos perbelanjaan. thats why i kena OT. Thanks to u..OT. hehe

okey..jom keje!!
ekceli i skang tengah buat keje. tapi mata i kelabu jap tengok digit2 tu. So, nak rest jap. (update ler.huhu). i OT ngn Kak Aida n penguatkuasa yang lain. em, i sebenarnye keje kat PERBADANAN PUTRAJAYA bahagian Penguatkuasa. Ala..yang dok saman2 orang tu. tp im not the one yg saman2 ye, i keje kerani je kat dalam tu. keje i key-in kompaun2 yang penguatkuasa tu buat. memang banyak! keje ni sentiasa ade. Takdenye yang xde keje. Thats why ade OT. tapi kan..even u OT pun, keje still takkan abes. haha.


Okey..nak sambung keje balik nie.. see ya!


Bye. 0.O'

Thank You For Reading My Stories

Friday, June 1, 2012

drive elok2 ye


Selamat petang dan selamat bertemu kembali.

tak sabar rasanya nak jumpa Mr.Petty. memandangkan dia bekerja di bawah kerajaan negeri Sabah, so untuk Pesta Kaamatan ini dia pun cuti sekali. Ayoo...jeles! 2 hari lagi tu. dia n mak dia balik la kampung yang terletak nun jauh disana ~ Baling. Jauh kan.. Dorang gerak pada ari selasa and malam ini balik. Yeah2.. esok boleh jumpa. gateinyeer i >.< hehe

So i harap die drive kete tu dengan penuh berhati hati and semoga dorg selamat sampai ke KL. InsyaAllah.


p/s : i pernah ikut die balik kampung n jadi co-pilot yang tak bleh diharap. sbb i asyik tido jer spjg jalan. heheh..sori syg.. wink* wink*


till then,


Babai.



Thank You For Reading My Stories

Tuesday, November 22, 2011

Hari PertunanganKu

Dengan izin nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Pada tarikh 16 September 2011 bersamaan dengan 18 syawal 1432 iaitu hari Jumaat, aku telah ditunangkan dengan kekasih pilihan hati bernama Mohd Noor Fitri Bin Azami. Sungguh aku tidak menyangka bahawa aku akan menjadi tunangan orang. Kerana belum terlintas di fikiran untuk bertunang pun. Mungkin ada hikmah disebaliknya, mama mengusulkan padaku utk berbincang dgn fmili dia agar mengadakan rombongan meminang. ( tidak manis kunun org tgk..lagi2 dari keluarga blok A yg sememangnya penyibuk! pndai tgk anak org..tp anak sendiri?hmm.) Fmili syg sy setuju tp mohon utk menunang skali. oopss..yeke?n famili sy pn agree! mksudnya ada seminggu je persiapan bertunang kami tau!boleh ker...

erm,16sept dipilih kerana ia merupakan cuti umum dan istimewa bagiku kerana ianya jatuh pada hari jumaat. Hari yg paling aku sukai. ( Lahir pada ari jumaat, btunang pada ari Jumaat, nikah pada ari Jumaat jugak..InsyaAllah).





Persiapan

1) Cincin - Beli kat Tomei ( kebetulan ada risang keje situ..so ok sgt2..dia bg idea )

2) Warna Tema - Pink belah saya.... Silver belah diaa..

3) Hantaran - 7 balas 9 ( tp kebanyakan manisan... ) Kebanyakan i beli barang2 ni kat Semua House. a big thanks to my sweet cousin, Gee Omar ( mak andam i) dan ini hasilnya.....


Hantaran me to him


Hantaran diaa

4) Baju Tunang - Actually i dun have enough money to buy..yela,kalo lah i tau nak btunang, awal2 lg i dh sediakan baju time shopping raya masa tu. dh ar mase raya tu baju i ade 3 psg. ada yg blom pkai lg.hmmm..dugaan! tp i dpt beli jgk bju tunang kat Cosmic Silk msjid india. Sbb beng2 n kakak dh sponsor coklat,kek,buah n fruit tart. So,dpt lah beli baju tunang n veil bwarna pink!


5) Mini pelamin - tetiba2 nak wat.hasil plan beng2.. sy n gee yg decorate. xde la nk wat vogue sgt.ala juz pasang langsir pink vs cream je pastu taruh bunga sket, bantal 3 biji..tarraaa! nice n simple.


6) Manisan - Kebanyakan mak n kakak i yg wat.


7) Make-up - by Ellie Omar ( i love natural )



Di hari Pertunangan


Rombongan lelaki datang selepas asar n umah kami penuh sesak. Almaklumlah, umah Flet PPR. xpe,janji blh duduk kan..kan.. Reaksi aku?? bdebar sakan wehh..takde la takut sgt.tapi segan kpd mata yg memandang. Kan aku yg btunang.So,kira feymes lah aku n msti kena pandang2 jeling2. Ni br btunang. apa kan lg nak Kahwin nanti.alahai Cher... Thanks so much sbb ex-officemate sy dtg. dorg happy sgt2 aku n fit2 akhirnya btunang. Masin mulut Ms.Tee.haha..



Sepatah dua kata



Aku cuma berharap agar ikatan ini dapat mematangkan minda saya untuk lebih maju kedepan bersamanya. Saya bermohon agar dia sentiasa sabar melayan karenah,amarah dan segala jenis perlakuanku serta selalu menyayangiku sebagaimana aku menyayanginya sepenuh hati. lagi satu, i hope u always be my side n support me in whatever things.



I LOVE YOU SAYANG.. WITH ALL MY HEART. DEEP.YES,VERY DEEP.





****************************

Thank You For Reading My Stories