Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Friday, January 11, 2013

Pregnancy Test - Part 2


Salam jumaat semuanya........ 




Hari jumaat merupakan hari paling disukai ramai. termasuk lah aku. Banyak benda in my life happen on friday. Contohnya, i lahir pada hari jumaat, bertunang pada hari jumaat dan nikah pada hari jumaat. This is the sweetest moment ever laar for me. at first i takde la plan sangat nak hari jumaat nak tunang, nikah. its just happen. masa tu i bertunang pada 16 september 2011 dan hari tu memang cuti, both families pon arrange la. last-last masa tu jatuh pada hari jumaat. of coz i suka sangat-sangat. Hari yang sentiasa diberkati. In shaa Allah..  



Kadang-kadang secara kebetulan pon ade..when baru-baru ni i godek-godek calender and turn into the past, i just found out yang my en.SS pun lahir pada hari jumaat. aik, lagi.....em, See? i pon cakap, 'wahhh... bertuahnye i. ' even i rasa bagi orang lain biasa-biasa saje. never mind. itu pandangan diorang kan. .. but, here is the most important thing i wanna share about...





 jeng..jeng..jeng..





ingat tak entry tentang pregnancy test i yang tak jadi nak check tu? haaa... hari tu excited sangat nak cek kan. last-last tak jadi sebab malam tu i period pulak. nanti uolls baca la ye. hehehe. nak dijadikan cerita, period i memang dah agak lewat selama 2 minggu tau kawan-kawan. tapi i takde la nak habaq kat sesape including my en.SS. dalam hati, nak cek ke tak ye? kang kalo cek awal-awal tetiba red spot datang, hmm tak jadi lagi kan. jadi i pun biarkan lah. tunggu lah saatnyer nanti. tapi hati masih tak sabarrr sangat. Mula-mula mase i tengah packing baju yang nak di bawa ke Sarawak tu i dah nampak pregnancy kit yang i beli bulan-bulan lepas. kalo bawak tak best pulak sebab takkan nak cek kat Sarawak  tempat orang. tak best tak best. terus i letak balik kit tu dalam drawer. 




kat Sarawak theyolls sibuk tanya i tentang pregnancy. bila i cakap yang i dah lewat period terus dorang nak belikan i test kit tu. no..no... belum masa nak check ye. Until la weolls balik ke rumah weolls. masa tu i dah decide nak check dah. No place sweet like home la katakan. balik dari keje terus i capai test-kit tu then baca cara-cara nak menggunakannya. baca dari A-Z. berkali-kali baca. kalo silap, nanti beli lagi. ni yang maleh nie.  isk, tak boleh-boleh. i dah plan nak cek awal pagi sebab HCG dalam urine kita masa tu tinggi. Cepat lah nak detect. tapi ntah ape-ape la i ni. boleh pulak i lupa nak cek masa i first kencing masa 4.30 pagi tu. masa tu i masih ngantok dan tak ingat ape-ape. Last-last tak jadi lagiiii. adoyaiii. tunggu lagi esok! tskkk..





then kali ni dah tak boleh mistake dah. kene jugak cek. then tiba lah pagi jumaat yang hening( minggu lepas ), i pon bangun dan pegi la cek urine i.... for the 1st time i cek, betul tak cara i ni. tengok ade warna pink-pink kat test tu, hmm.betul.betul. so, tunggu lagi.. until... 1 line appearrr....







then...... another one line appear too. in just for 1 minute waiting....




















that time i was so flattered and thinking. Ya Allah...is this true? am i pregnant? en.SS i tanya keputusan then i tunjuk kat dia and i suruh dia baca kat guideline tu. if 2 line muncul, maksudnya isteri dia dah hamil. terus die peluk i and nampak die macam terdiam sambil terkumat kamit.. i terdiam sangat-sangat. tapi kenapa nak i deny benda ni kan. sedangkan the result show very clear. terang sangat. then i was so happyy-happy gile. dalam hati jer. Rasa menangis pon ado.(memang nangis pon).  Dah la sebelum tu kakak i yang tengah menunggu hari nak bersalin tanya i dah preggy ke tak. dia suh i preggy cepat-cepat sebab boleh la anak die and anak i masuk sekolah sama-sama nanti. anak die lahir awal tahun, anak i lahir akhir tahun. ngam! masing-masing gelak......




Ya Allah, terima kasih.. kami bersyukur sangat padaMu atas rezeki yang engkau berikan ini... 




 tapi tak boleh sangat nak berharap pada kit terus pagi tu i pegi klinik presint 3 for confirmation. The doctor scan perut i  and tunjuk yang itu adalah rahim. tapi dia still tak nampak kantung bayi disitu. maybe kandungan i masa tu baru 6 weeks. tak nampak lagi.  em, its ok doc, u know better than me. Next appointment on this 18th. two weeks after. cant wait for the day. Thank doc, and folic acid.as my new friend now!





and thats was happen on beutiful morning friday. again. its friday. Hari jumaat yang berkat. 







Salam....... :)





Sharmia.







Thank You For Reading My Stories

Tuesday, November 20, 2012

Alkisah Pregnancy Test!



Assalamualaikum dan good day sunshine!



Hari ini saya sekadar nak berkongsi je tentang test MENG-test nie... for general purpose only. Alkisahnya macam gini...




***********




Dah berhari-hari saya rasa gelisah yang semacam. selalu nak tengok sama ada i period atau tak. n biasanya period i memang tak on time. Paling lewat pun mesti 4-5 hari. Selalunye lah. tapi Ape yang membuatkan i gelisah ni ialah.. period i dah lewat more than 1 week. Mula-mula i takde lah concern sangat. sehingga la saya dan kakak2 kat opis bercerita tentang pregnancy. dan i pon cite la kat dorang yang period i dah lewat. Respon yang i terima,

 " ko p beli pregnancy test tu mia.... ko check cepat2!"  


"aduh mia...cepat sket. akak tak sabar lak nak tau... eksited nie... g cpt2..."


" harap-harap ade la mia......"




haaa... lebih kurang camtu la respon dorg.. Kerana itu la saya tak sabar nak tau. tetiba excited i makin tinggi. So, i pegi la kat Guardian Presint 8 tuu dengan Sang Suami (SS) saya. Sebelum tu i cite kat dia yang i nak beli pregnancy test. trus dia, ok2. jom pegi skang! ait? dia pon eksited. isk..isk..isk..





Sesampainya kat guardian tu, boleh saya tak nampak pintu guardian tu tertutup. i ingat lelaki yang baru masuk tu tengah pegang pintu cermin tu untuk bagi i masuk. takde actually. Ape lagi, saya TER-REMPUH lah pintu cermin guardian tu. bANGGGG..Ouccch! sakitnye..... serius its very painful!! kena kat mulut i ye kawan2. Saya tengok orang kat dalam guardian tu pandang saya. Malunyaaa. pastu SS yang baru sampai tanya nape. then dia gelak. Saya ni pon cover line ler masa nak masuk guardian tu.. aduhhh sakitnya hidung. padahal mulut yang kena. Berdarah pulak tu. SS gelak-gelak je. Pastu kecik hati kat dia. Saya yang tengah sakit ni boleh dia gelak-gelak lagi. Airmata pon keluar.... terus dia panik. teruk ke? i bagitau la mulut saya sakit. dah bengkak dah rasa. Trus dia say sori. nasib baik sikit je darah. terus i jadi mooddyyy. tapi jap je. Mana boleh moody lama-lama.. nanti suasana jadi tak best kan!





lepas buat pembayaran, kitorang pon balik umah. nak masak untuk makan malam. i just nak masak ayam goreng and Sayor campur goreng. Sedappnye!





Cerita tentang test...?





 jeng...jeng...jeng.....






Apekah perasaan anda di kala ini??






Epppppp! jap....jap....... actually ini bukan i taw... i just cilok gambar ni dari OHbulan. ini kan gambar official Diana Danielle! dia share photo ni kat semua untuk memberitahu bahawa She's pregnant! baru 16 hari nikah kan..... Suburnye dia! Congratz D n Farid.








Dan saya..? tak sempat pon nak test benda tu. Sebabnya masa i nak mandi, dengan tetibanya ade Red Spot kat panties i kawwww....... ish... tadi petang check takde. skang ni dah ade pulak. nak jadi chipsmore yek! Simpan untuk bulan depan la alat menguji kehamilan tuu.. i pon menyampaikan la berita ini kat SS. dia cakap, oyeke.. erm takpe la. Next time!






conversation pagi ini..


" sayang dah test ke tadi? "


' ait, dah period semalam.... tak payah la check lagi kan.....'


" oyeke...camtu eh..?



'ait?? garu kepala.... tak payah la sayang.... lepas ni kita try lagi ye SS ku sayang! hehehehhe..




InsyaAllah. Pray for us.



So, begitu la cerita i tentang first time nak test-test. n i memang tak tau ape-ape. Glad ada kakak-kakak kat opis yang boleh i jadikan sebagai panduan dalam menyelusuri alam rumah tangga ini. Terima kasih dear kakak!








Till then.....







Bye.







Miz Sharmia








Thank You For Reading My Stories