Assalamualaikum Wbt...
Halo-halo semua. Apa Kabar hari ini? ada sihat kah? Selamat menyambut Maal Hijrah yer. Semoga apa jua bentuk penghijrahan kita diberkati Allah SWT.
Tanpa membuang masa lagi, meh saya bawa anda semua ke bali! nak tak? heheheh.. takde-takde, nak bagi tengok je pic-pic saya kat Bali hari tuu.. bagi korang teruja nak g Bali actually. Teeeheee! its All about HONEYMOON (HM) saya ler.
Untuk flight tiket ni kami memang dah book awal tahun lagi nak HM ke Bali. Actually sebelum tu kitorang memang dalam dilema jugak la samada nak HM ke Krabi @ Bali. Citer punya citer last-last kitorang memilih Bali sebab saya rasa disamping nak Berhani-hani Moon, saya nak jugak buat aktiviti lain. takkan nak duk hotel je sepanjang masa kan. Alang-alang dah sampai negara orang, kena lah kita menyelami budaya dan tempat-tempat menariknya. kan! n before this i memang dah google-google tempat2 yang harus di lawati. Memang i teringin sangat sampai ke Bali neh. Sebab, budaya & tempatnya saya rasa memang menarik!
Untuk trip percutian ni saya memang tidak booking untuk supir & hotel sebelum ni. Kiranya macam gamble je la perjalanan ni. Harap-harap it goes well.
Day 1
17 Oct 2012
Departure @ LCCT Kuala Lumpur : 9.25am
Arrive @ Denpasar : 12.30pm
Bergerak dari rumah pukul 6.30am dari Kepong ke LCCT. Eksited mak ayah nak menghantar kitorang. Heee.. tapi tak sempat pon nak breakfast dengan mak dan ayah kat airport tu. takut terlepas plane!So selepas cium-cium dengan mak ayah, bermula la journey to the Bali kami. Breakfast kat dalam Kapal. Uits, terasa seperti berada di Indonesia daa. baru dalam kapal kot. mana taknya, semua pramugarinya, co-pilotnya sume bercakap dalam bahasa indonesia. Buku panduan, iklan-iklan, sign-sign, menu-menu suma dalam bahasa indonesia. Tapi yang beda cuman makanannya. Masi ada kok Nasi Lemak Pak Naseer.. heheheh.. maksudnya makanan sama seperti makanan rutin airasia dalam kapal. okey la. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam. dan dalam masa itu jugak kami gelak-gelak tapi cover, bercerita-cerita, dan akhirnya tertido!
Tu la kapal terbang yang membawa kami kesini...... |
Ngurah Rai Airport
Sampai-sampai jer, saya dan Sang Suami saya terus grab pemplet-pemplet yang ada kat situ. sekadar nak ikut orang jer. Sebab most of them terus amik pemplet tuu. Lagipun saya dah contact Supir sebelum fly tadi. Cepat dorg respon email i! Dia cakap dia akan tunggu kitorang kat luar airport nanti. so tak payah pening da nak cari supir kan.
Untuk hotel saya dah tak tengok yang lain dah. memang akan stay kat Tune Hotel kuta. Sebab murah kot. Kitorang memang cari yagn budget-budget rendah je. Almaklumlah... orang baru kawin, kena berjimat-cermat kan. isk. isk.isk. jalan nak kesini, fuiyooo.. lorong-lorong kecik jer. muat-muat 1 kete kot. Padat dengan rumah kedai. Nasib baik orang kat sini da biasa. dan cuaca, memang panazzz gitu. kat tempat kita panasnya takde la sampai gigit-gigit kulit. kat sini..... hmmm... tapi so far kita boleh la hadapi semua ni. takde la sampai panas nak mamp!
bergetar je tangan mengeluarkan duit rp1juta lebih tuuu... hahaa |
Oh yer, ini adalah Agung. Si supir kami...... Nak pak isme, tapi ini yang dapat. cis! |
Sebenarnya untuk Day 1 ni, kami tak pegi mana-mana actually. Lepas je check-in, kitorang lepak dalam bilik. Sebab agak letih kot. Kena pulak Sang Suami saya demam. Adui.. So, Agung, esok kita jumpa yer! Pick-up service ni berharga rp50ribu. Berbaloi jugak.
Tune Hotel, Hotel yang kecik dan agak murah kot. berpegang kepada prinsip, Bayar 1 star n tido 5 star! erm ok la... sebab katil die memang 5 star! empuk n bersih sangat. Walaupun bilik kitorang tu kecik jer, ok la tu.. dah nama HM budget kann....... but stil rasa selesa!. macam tak nak bangun n kua jer. So, ape lagi.. kitorang lepaking, tengok channel indon yang kurang paham, surf internet n ehem, korang tau le kan. Hahaha. *geteh orang sabah bilang!*
Lepas tu trus pegi berjalan-jalan area kuta. sekali ngan jalan-jalan cari makan. Nak makan nasi...... tapi kat mana? KFC le jawabnyer. dan saya suka dengan PR orang sini. Dorang agak friendly. Kat kaunter KFC tu dari jauh lagi dah senyum-senyum menyambut customer. Rasa best jer.
Haruss la bergambar depan hotel........ |
tuu diaa.... Sang Suami saya..... |
Sekitar Bandar kuta |
Branded items just along the road. Memang banyak. Quiksilver bersepah kat sini. |
Sabah ker Gabah..? |
Cehhh..posing la sangat... hehehe.. juz nak bagi tunjuk KFC n PH jer... |
Tak banyak tempat kitorg pegi. Just round-round jer. n sempat singgah Guardian beli barang-barang keperluan. Erm murah jugak kat sini. yang paling saya suka, Garnier light punya pencuci muka. kalo size besar kat Mydin dah RM12.90. kat sini baru RM5.90... murah kan..... menyesal tak singgah beli lagi... isk. Disebabkan Sang Suami saya dah merah-merah hidung and muka, terpaksa la saya balik hotel. Kesian dierr.
malam tu kita chit-chat jer with a cup of nescafe. Rasa segar. pastu cit chat lagi sampai tertido! pagi esok kena bangun awal kan! Full Day trip!
K la...... itu jer untuk Day 1 ktorang. pasni Day 2 pulak yer... :)
Have Fun.
sweetnya yunk..baru kawen yer :) tahniah yer.. moga2 ada rezeki anak bali..hehe :)
ReplyDeletethanks jijah.... heehhee... insyaAllah.
Deletemia..ada guna roaming ke kalau surf internet
ReplyDeletejust pkai wifi hotel je. fit mmg dh bwk laptop. kat sana hp ktorg senyap jer. x beli pun simkad line sana. hehe.
Delete