Thursday, November 1, 2012

Majlis Bertandang yang penuh dengan aktiviti!



Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. eh tengahari.. eh malam...

Amacam arini? ada okeh ka? hope sentiasa sihat-sihat yer. owh, November.. we meet again. Bulan sebelas ni agak istimewa sedikit bagi saya. Yelah, bulan ni lah yang akan sentiasa menggenapkan dan mengganjilkan umur saya ni. Sentiasa bertambah dari tahun ke tahun dan menambahkan lagi keTUAan saya ye kawan-kawan. Teheee.. (6_^)   Of coz la kan. takkan umur semakin lama semakin berkurang pulak kan. isk..isk.. ape daa..



Alamak citer ni dah ke laut pulak. Tak padan dengan tajuk yang kat atas. Okeh-okeh, saja jer tu nak bagi bagi pembuka kata sikit. Biasanya dalam esei BM kalo pendahuluan kita cantik, maka cantik la isi-isi penting kita. Si penyemak kertas pon hepi je baca.. So dengan itu, boleh la kita skor A kan.

alamak..ke laut lagik. cis!


Actually, saya nak share dengan korang tentang majlis bertandang saya aritu yang diadakan seminggu selepas majlis kat Kota Kinabalu. Antara KK & KL, cepat dan tangkasnya kami kan. hehehe. Ape yang boleh saya ulaskan, majlis di KL agak best kot. penuh dengan aktiviti. Majlis bermula dari jam 9.30 pagi sehingga ke jam 6 petang. Pack!


Acara dimulakan dengan berzanji bagi geng-geng surau. Dibuat di bawah kanopi majlis pada awal pagi sebelum para tetamu datang. Saya sebenarnya tidak berapa tahu tentang aktiviti ini. al-maklum lah pengantin perempuan kan sibuk setelkan apa patut kat kat rumah dan kat dewan surau untuk ucapara berhias. hihi.


Ni ler geng-geng surau Al-Hikmah PPR Beringin. Banyak aktiviti yang selalu mereka anjurkan. Syabas gitu!









Grup-grup serunai membuat persembahan apabila para tetamu jemputan telah pon sampai sedikit demi sedikit. Pada masa mereka menjamu selera sambil menunggu kelibat pengantin yang dijadualkan bersanding selepas waktu Zohor, mereka di hiburkan dengan alunan gemersik serunai serta gendang silat yang didatangkan khas dari BLOK E. ait, takde lah jauh kan. area rumah ktorg jugak. Untuk pengetahuan, saya & sang suami sebenarnya duduk kat blok B. masing-masing tinggal dengan family. Rumah family saya tingkat 6, dan dia pulak kat tingkat 17 sana. Dan blok itu jugaklah yang menemukan saya & sang suami seterusnya sampai ke jinjang pelamin. Kebetulan pulak area PPR Beringin ni kat Jinjang Utara!  its all about Jinjangs. NGAM! hehehe..  Diikuti dengan persembahan tomoi yang sememangnya ' tak pernah saya tengok sebelum ini kat majlis-majlis orang ada tomoi ' dipersembahkan. Mereka ni didatangkan khas dari Baling, Kedah. Jauh datangnyer kan.





Duduk di Sebelah Pelamin. Mind the scallop! looks weird & colourful right. hehe..





Para grup kompangs sedia menanti dan bersedia...... ait? garu kepala..

Diketuai oleh adik pengantin lelaki.... pengantin tu laki aku la kan..? heheh..





Sementara itu di bilik dewan surau kelihatan pengantin perempuan di dandan serapi-rapinyer. Chewah.





Dan mempelai pun akan menuju ke tempat persandingan. OHEMGEEE... boleh pulak kami, pengantin nie, berarak dari lorong masuk ke Taman Beringin ni dengan MOTOR berkuasa tinggi! takda dalam perancangan nie. jauh kot nak berarak. Sebab dikhabarkan ada sekumpulan grup motor berasal dari Baling akan datang memeriahkan majlis. Nih mesti Abah pengantin lelaki punya citer nih. Dia kan orang kuat Persatuan Baling kat sini. Hmmm.. terpaksa naik la demi untuk perkahwinanKU. Cepat-cepat saya call ahli keluargaKu yang nak berarak belakang pengantin agar tunggu dengan sabar. agak best jugak. TAPI, sungguh tak disangka pengantin perempuannya agak sukar untuk membonceng Motor ittew.. so, plan was changed. Tak depak nek moto, disuruhnya pulak kitorang, pengantin nie, naik STORM. OHHEMMGEEE.. pulak daah.

With my six inch heels, i gagahkan jugak untuk memanjat kereta Storm Ittew tetapi dengan bantuan Sang suamiKu ler. giler nak panjat. malu ler den kalo tersadong depan mat-mat motor tu kan. heheh.oopss, dari atas kereta tu saya sempat melambai ke arah Pegawai Ku yang dah nak balik. Katanya, dia dah lama duk kat situ and agak lama untuk menunggu pengantin bersanding. So, dia balik. n tak sangka boleh terjumpa pengantin bersanding di atas STORM ittew. hehehe. macam-macam!




There we go bebeh! 


Motors and the STORM yang masih ade lambang P. haha





jika ditanya tentang pengalaman ini, i would say, such a new experience for me. Never did this before. Laaa..Of coz ler, saya kan baru kahwin. Mana rasa benda ini dolu-dolu. isk..isk..isk..  takde la, sebenarnya saya agak malu-malu kucing jugak laa sebab kami berarak mengelilingi Taman Beringin, Blok D, E, F dan seterusnya blok A & B. pastu siap melambai-lambai dengan senyuman yang meleret lagi kitorg kat sume orang kat bawah, atas rumah, kat pelosok lubang pon ade.. Bajet macam retiss la konon. macam Miss Universe pon ado! Haa.. ko hade?




Sesudah pengantin & pengapit turun dari kereta STORM ittew... and my family semuanya kat belakang sana....






Sesi bergambar kenangan dengan para motor besar. Tetapi ramai sangat orang nak tengok retis kahwin, eh silap pengantin kahwin, so menyukarkan untuk bergambar dengan para motors.






Apabila Pengantin di sambut oleh Mak Abah pengantin lelaki.. Kat sini ade adegan nanges-nanges tau. Sedih. 







Apabila melepasi pintu gerbang kamii........
Apabila pengantin duduk di atas pelaminan....... Malunyerr.. semua mata pandang-pandang kitorang...... aww..







Acara dimulakan dengan bacaan doa bagi  merahmati majlis






Seterusnya acara persembahan.. ha yang ni kalo pengantin duduk statik memang tak makan la penganti sampai ke petang. memang banyak acaranya. takde la banyak sangat tapi masa yang diambil untuk 1 acara tu memang lama. takpe takpe... acara yang pertama ialah.


Persembahan kompangs. Banyak lagu yang di persembahkan. Best. Best.







Yang keduanya adalah....

Persembahan silat oleh si cilik nie.... eh nape tendang bontot tue?? hehe







Seterusnya......tak lain tak bukan... T.O.M.O.I

mamat ijau tu bukan Hulk tau..tapi dia macam refereee ler.. hehehe







 

see the crowd..... so many-many kan..... tomoi kot...






Tomoi ini diringi oleh muzik dari serunai dan jugak gendang tomoi...... ala macam cerita BUHOHAN gitu..








budak seluar pendek itam ni memang bersungguh2 nak menang.. persembahan je kot..... no need trying hard. sian kat seluar kuning tuu.. i tengok pon agak gerun.







kalo nak tunggu benda nie...memang tak makan la pengantin.... tapi nasib baik da siap. n pengantin pon pegilah ke meja beradap. masa menunjukkan jam 3.30pm masa tu. cian pengantin kelaparan atas pelamin. Tapi nasib baik sebelum saya di rapi serapi-rapinye, saya sempat makan bagi mengisi perut yang kosong. Sebab memang selalu dengar yang pengantin akan jadi lapar kalo duduk sepanjang masa. So, sediakan payung sebelum hujan! hebat tak. hahahah





Yahooo...air asam...... sedapnyer.. !




Makanan kat atas meja beradab tu memang sedap sesangat.. tetapi pengantin kurang menikmatinya kerana tidak fokus dengan makanan sangat. ayat pusing! asyik fokus kepada persembahan kat depan kitorg. Boleh MC majlis buka lagu ORANG KAMPUNG versi dusun dan kebanyakan sepupu saya pi dok menari kat tengah-tengah tu. Lebih gamat bila ramai yang menyerti tarian ala-ala sumazau ini terutamanya si bapak pengantin lelaki. my FIL.





Acara kemudiaan di gamatkan oleh Leng-Leng iaitu adik perempuan saya untuk menari tarian tradisional suku kaum kami iaitu Suluk yang dinamakan taraian pangalay.

Abang ipar Sang suami menyelitkan RM10 kepada adik-ku. total yang dia kumpul dalam masa 5 minit menari adalah sebanyak RM290. WoW!





Seterusnya kedua-dua mempelai pulak di arahkan untuk menari tarian yang sama. Yang ni memang da agak akan kena. So, sebelum ini memang kitorang dah prepare awal-awal. belajar sikit-sikit. Saya memang tidak dianugerahkan memiliki badan yang lembut, menari agak sukar. sebab nak kumpul duit g BALI actually kitorang memang nak MENARI! hahaha..


tengok tu....menari youuuuu.. Leng-leng plak tukang jaga kain & duit KAMI. hehehe





Pak Long baru sahaja menyelitkan duit kepada ktorg. ehehh






Badan yang agak keras untuk menari. haha..





Korangs mesti nak tau total yang kami dapat kan? well, setelah berhempas pula menari selama 5 minit, RM400++ campur matawang Thailand & Singapore telah terkumpul! wahhh...pe lagii....jom Baliii......!



Fuhhh.... panjang sungguh entry kali ini kan... takpe la... singkatkan lagi..... ni acara seterusnya....



acara yang paling best saya rasa adalah poco-poco. memang rasa gorjes sebab ramai yang join poco-poco nie. di mulakan dengan Leng-leng and the cousins with the pengantin. sampai 2 kali orang request nak menari. kali ke-2 tu masa kat akhir2 majlis. lagi best sebab sume pakat nak berpoco-poco! haha





baru belajar steps..sebelum ni tak pernah nak menari poco-poco! hehe






tuu diaa..... steps sudah dapat! heheh.. Leng2 selaku instructor!






Karaoke.. My dad mendendangkan lagu My Way by Tom Jones! Sedap.






Acara cabutan bertuah bagi semua penanggah..






Aktiviti bergambar. gambar diatas adalah family sang suami. dari kiri Aizam adiknya, Abah, Mia, Kak Mida kakaknya, Fit,Mak, Abg Lan iparnya dan jugak Akim anak buahnya.. 




Para marhabans & the penanggah...

 





Upacara memotong kek! thanks kak mida for the fresh rose bouquet







Pengantins bersama Mak Ayah memasing....






Last but not least... the Wedding cake. Chumellss..





Fuhhh... memang entry terpanjang lah nie........ its ok its alright. tak baca pun takpe. tengok gambar suda ye.. hhehehe..chewah. Secara Kasarnya, saya mensimpulkan bahawa majlis ini berjalan dengan lancar. tetapi biasalah kan, setiap cerita mesti ada pro and cons. sama jugak seperti majlis ini. Ape yang saya harap agar semua tetamu yang hadir dapat memaafkan kami sekiranya ada salah silap dan ape-ape yang diluar jangkaan dan ketidakpuashatian terhadap layanan kami terhadap anda. We are sorry...

Ok lah... sampai sini jelah mukadimah saya tentang ajlis bertandang yer.... enjoy it bebeh! haha







Love,





Sang Suami & Sang Isteri





Thank You For Reading My Stories

19 comments:

  1. wow....meriahnyer..seronoknyer...siap menari lagi..sportinglah...suka sngt...tema tu pun cik mah suka....bj cntik sngtlah..suka tgok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..tq cik mah..... nak tau tema majlis n baju tu mmg ade kisah disebaliknyer... rase nak gelak je kalo igt benda ni. hehe

      Delete
  2. Mia..suka warna tema korang..

    ReplyDelete
  3. wahaha
    sampai bukak kasut ye pengantin nak poco2.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..... giler tinggi kasut kawin tu. dh berapa kali nak tersadong.. isk3...

      Delete
  4. Mia..theme color wedding awk sgt cantikkkkkkk....=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u.... :) actually kaler tu tak dijangka sgt.. nak yg ni last2 dpt yg tu.. em jalan je.skali tgk, kena jugak. heheh

      Delete
  5. Wow..happening giler your wedding...hehehe...sporting siap menari tuh....Best.. Good memories nnT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx beeb ;D .. best moment bnde ni. alhmdulillah.

      Delete
  6. Serius meriah..best2...excited tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenqiu2..... hope majlis Mr & Ms bozhicka pon bjalan dengan lancar ye.... tak lama lg kan.. :)

      Delete
  7. cantiknye pelamin n baju, mjlis pun happening semua sporting :)

    ReplyDelete
  8. meriah semuanya..

    erm, yg menari dpt duit tu .. acara ape ye...
    ker mmg suke2 je... atau ade tradisi negeri?
    heheh
    tnye je kan..
    semua nya nmpk cantik & meriah..tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq.. ;) sebenarnye tarian tu adalah tarian bagi suku kami iaitu suku suluk bajau. kalo ade keramaian spt kahwin, mmg ktorg akn menari cmni. tp xde la ramai2 yg menari. so, nak selit2 duit tu pon adat jugak yg bmaksud phargaan ler. mmg akn ada org yg akn bagi duit kalo dorg rasa nak bagi. tp tarian ni bkn yg seksi meksi tau.heheheh.

      Delete
  9. ooo .. gitu.. maklum la pelik skit bg org semenanjung... hihi..
    nk jg tau.. at least tau jg mcm mn adat tradisi org lain klu berkahwin ..
    seronok tgk kamoo sekeluarga bersukaria meraikan pengantin ...




    ReplyDelete
    Replies
    1. erm yela.. agak pelik jugak org2 sini tgk masa tu. tp dorg ckp mmg best sbb xpnh tgk tarian lenggok2 cmtu. at least penerimaan kat sini ok. hehe. tengs yer.

      Delete