Thursday, December 27, 2012

Selamat kembali Mia.




Assalamualaikum semuanya. rindu rasanya dengan blog cinoet saya ini. lama giler tak jenguk. nak kata kebizian melampau tuh takde la jugak. tapi tetiba nak jadi baik-baik je dalam opis. tak mau la sambil buat keja, sambil tu jugak nak google-google. Sebab, saya ni kalo dah sekali nak meng-google or BW, hmmm..alamatnya keja i tak abes lah. lepas tengok tu, nak tengok yang ni pulak. click sini, click sana pulak, salin resepi itu, salin resepi ini pulak. oh..no..no.. not good. not good. maka dengan rasminya PRODUCTION kerja i makin menurun. Sapa yang susah? Saya jugak. malu ngan opismate yang lain. isk.isk.isk.




takpe la kan. kalau kat umah i dah pasang unifi, of course lah i jenguk-jenguk, update-update, google-google sampai lebammm.. tapi bila nak PASANG????? next year laa.  *next year tu just around the corner je lagik...






Tak lama lagi tirai 2012 ini akan di tutup secara rasminya pada 31.12.2012 tepat pada 1200 tengah malam. hehe.info yang budak kecik pon tau.haha. i harap agar segala azam yang tersemat di kalbu pada tahun ini telah pon terlaksana dengan jayanya. Pada yang belum terlaksana dengan jayanya itu, its ok its orait, kita C/F je la yer. tapi make sure tahun depan azam tu berjalan dengan jayanya okeh?. *banyaknye perkataan jayanya..







Apa perancangan u'olls hujung tahun ni? nak g mana2 ker? meh la kiter share-share. actually, esok me and my husband akan ke Miri, Sarawak. saja nak jalan-jalan. tapi ramai yang tanya, banyak-banyak places of interest, napa Miri yang menjadi pilihan. tempat tu takde la banyak tempat-tempat yang menarik kan. yang ada hanya lah Bandaraya perindustrian yang maju dengan sumber minyaknya. isk. jangan camtu, setiap tempat ade la tu yang best kan. jom ler kite figure it out bebeh! Sebenarnya, we'olls ke Miri ini atas ehsan tiket daripada bestfriend saya tuu. dah lama sangat dorang 1 family suh pegi Miri. Tak pegi pegi jugak. Last-last dalam diam dorang belikan kami flight ticket. dengan alasan? HONEYMOON KALI KE-2. OMG. tak bleh blah dengan alasan. hehe. Nak ke Miri untuk berhoni-honi moon? haha. tapi i lagi ler suka sebab dapat travel pi Sarawak nun. at least lengkap lah negeri kat 1 Malaysia ni i pegi. tapi yang lagi best, nanti dah sampai sana, of course la we'olls akan ke Brunei Darussalam. negara yang 1 ni duk sebelah je ngan Miri tau. yeahh. eksited of coz!


thank you dear Angelina for sponsoring us to go there. nanti sampai sana buat suprise lagi yek. hehe







Bandaraya Miri





Masjid yang tercantik di Brunei Darusalam.



*credit pic from google.






ok la... sebenarnya i dah tak ade idea nie....tadi bukan maen nak tulis itu tulis ini. but its gone with the wind. Ye lah, angin dari arah Miri tu dah memanggil-manggil lah katakan.heheh. so idea  terputus tengah jalan. ahaha..





 nanti i update lagi yerrr.  






Selamat kembali dari berHONEYMOON second time Mia... weeeheeee!



ooopsss,





Sebelum tu i nak wish kat u alls Happy New Year. Bye 2012 n we always welcome you 2013.







SELAMAT TAHUN BARU 2013 








xoxo.






Love, Sharmia




Thank You For Reading My Stories

Wednesday, December 5, 2012

#Suzuki AFF bhg. 2 #Wordless Wednesday


Cerita tentang Bola lagi. Sorry i memang macam ni. agak minat dengan bola sepak! nasib baik i ni kaki bangku. kalo x, mesti  i dah jadi pemain bola sepak wanita secara profesional kan..kan! hehe.

dah namanya KALAU kan. ingat lagi Abg ipar i cakap,



KALAU itu Syaitoonnnn....



isk..isk... kalau fikir2 betul jugak kan. Sebab asyik-asyik nak kalau jer. Benda tu ntah dapat ntah tak dapat. Dah menjadi 1 pengharapan.dah menjadi 1 angan-angan. just like Mat Jenin punya angan dan sedar kan. hehe.



' kalau lah jadi kannn...

' kalau lah aku putar balik masa.......

" kalau lah aku kaya.......

' kalau lah aku dapat benda tu........

' Kalau lah aku bla..bla..bla.......




* tu yang agaknya Abang ipar i cakap kalau itu syaitan.. hmm..




Sebenarnya tak salah nak berkalau-kalau nie. itu cuma pendapat dari kita je. Kadang-kadang we need to expect some things. Jadikan ianya sebagai panduan. tapi jangan asyik-asyik nak kalau. Last-last apa pun tarakk!




Oppsss. merapu dah!





Jom layan pic i sempena SUZUKI AFF CUP 2012 nie yer.... Bahagian 1 hari tu tentang MAS vs SIN. Sebagaimana yang kite tahu, Sang Singa telah mematahkan taring Sang Harimau kite. Rajagopal, apakah yang engkau buat??? bak kata ULTRAS MALAYA. mesti lah kan tidak puas hati. asyik-asyik dengan ekspeirmen bagai. Sabar je lahh aku noks.......




kali ini, mempersembahkan...



MAS vs LAOS
Peringkat Kumpulan B
Stadium Nasional Bukit Jalil
28 November 2012 - 8.45pm



Check it out!!!


*actually gambar i je yang i banyak tempek kat sini. hehe..sori2.

 


Owh...... memang basah lencun masa tu. All the way from Putrajaya ke SNBJ naik motor.  Last-last ia kering dengan sendirinya selepas beberapa jam duduk dalam stadium. Semangat tak kitorang??



Duduk sambil menunggu para peminat HM masuk dalam stadium. HARIMAU MALAYA gituuu..







Perut suda krokkk..krokkkk... # Meal of the day.... Nasi Lemak + Telur Mata.#mahal!






Yeahhh... kita dapat 1st goall! memang gamat. Hepinye Sang Suami i.... bukan Sang Singa atau Sang Garuda tau...... hehe





Lagi goall........ Bersorak sumenyer....






otw nak kuar stadium..Hepi sebab HM menang 4-1 !! bangga je pakai jersi baru HM..hehe






i really dont know apakah motif gambar ini...... ter-over plak. heheh. Yang nie selepas kuar dari stadium. ooo patut ler, Malaysia menang kannn.. haha




Okehh.. jom balik!







moh le kite! Hon sana sini menandakan kegembiraan peminat terhadap kemenangan ke atas Laos.





So, kita dah menang. lepas ni kita mengharapkan agar kita WAJIB menang keatas Indonesia pada 1 Disember ini kalau mahu Piala AFF ini masih dalam genggaman. So, jommm memenuhi Stadium dengan warna Kuning, hitam dan biru! yeahhhh!



p/s : i tak nak indonesia menang. dorang memang berlagak abis. dorang nak datang stadium kita senang je. aman pulak tu. tapi kalo kita yang nak bertandang ke Gelora Bung Karno, Kereta kebal and Barracudas yang kita naik. betapa fanatiknye supporter di sana.  nonsense!





* sori..baru ade masa nak update. tapi cite dah basi dah pon kan....  apee daaa mia!  heheh






k lah... nantikan entry i untuk BAHAGIAN 3 ye. Of coz MAS vs INdonesia....




Till then,







Bye.


Thank You For Reading My Stories