Tuesday, August 7, 2012

Jom refresh Kabhi Kushi Kabhi Gham!

Assalamualaikum & Salam Tuesday

Semalam tak boleh tido punya pasal i asked my mother to help me untuk teruskan kerja yang terbelangkalai baru-baru ini. bukan memasak, bukan sapu lantai, bukan kemas bilik n bukan jugak basuh kain. aktiviti saya pada malam semalam adalah buat kuih raya SNOW ALMOND. agak-agak korang rajin tak saya? cis....temberang kan!hehehe

Thanks mom sbb bantu anakmu ini. So untuk tidak membangkitkan suasana boring dalam rumah itu, saya pon pasang cite hindustan. kalo industan ni, mak sy memang syok gile laa. memang akan bersengkang mata la la jawabnyer. hehehe.. sori mom. mesti korang da tau tajuk citer ni kan... bacalah tajuk kat atas nun..hehe




KABHI KUSHI KABHI GHAM adalah tajuk filem yang dipilih. baru download atas ehsan abg ipar ku. Sometimes Happy, Sometimes Sad.

and
its all about loving your parents - TAGLINE NYER..


mesti korang layan cite ni dulu kan. ape perasaan anda apabila menghayati cerita ini? pasti berbaur-baur kan. tell you what, even i wathced it for so many times, airmata sentiasa akan jatuh membasahi pipi. betul. tak tipu. ini kisah benar. im sure it also happen to everyone didnt you? itulah hebatnya cerita ini. dalam kegembiraan pasti ada kesedihan. dalam pertemuan pasti ada perpisahan. dan begitu jugak sebaliknya. Hubungan kekeluargaan serta tradisi dipegang begitu kuat, manakala adat india dipaparkan di dalam filem ini. Tidak jugak kurang kepada kelakar, funny, mencuit hati, kekayaan, kemiskinan, persahabatan, hubungan diantara sesama manusia dan tuhan mereka. Baju yang colouring, dancer yang hebat serta lagu yang best dan membuai perasaan. All in one. i give it 5/5 stars! great.

Cerita ini diterajui oleh pelakon-pelakon hebat. antaranya




of coz la Datuk Shah Rukh Khan yang membawa filem bollywood ke Malaysia menerusi filem blokbuster Kuch Kuch Hota Hai. kalo KKHH ni tak ditayangkan di negara kita, agaknya sampai sekarang kite tidak mengenali artis-artis Bolly. tgk SRK tu, pandai sangat berlakon. Romantik n kelakar yang penting! tapi bab-bab nages-nanges memang juara carta la!





dan seharusnya heroin kepada SRK ni tak lain dan tak bukan. Kajol. merupakan pasangan beliau dalam Kuch Kuch Hota Hai. Betapa gila-gilanya kajol kat dalam filem ni. Sweet je die dengan Shah Rukh Khan. i love her in a black saree. very stunning!





Pembantu pelakon lelaki ialah Rithik Roshan sebagai Rohan yang debab masa kecik and menjadi rebutan pabila dah besar. he is the one who reunite the broken family. and bond each other. part yang SRK da tau budak lelaki kat dalam rumah dia sebenarnya adiknye sangat menyayat hati. memang menangis laa.




takde pembantu heroin tak sah kan. so ini dia c cantik n sexy ladki. Kareena kapoor @ Pooja. dia la yang membantu boyfriendnyer dalam menyatupadukan keluarga ittew. memang sexy abes la dia nih. menari pun terror.


The special appereance pulak adalah Rani Mukerjee @ naina. sekejap je watak die dalam nie. tapi best jugak la. sebab dia sanggup mengorbankan cintanya dan tidak menjadi watak antagonis dalam filem ini. 'kalo sinetron indon, xdanya macam ini. mesti akan ade balas dendam yang teramat dendam la. demm. heheh '



Ait...mana lak gambar c Ranee ini? tadi dah upload.apsal hilang? nak kene ni.... isk..takpe la...


So, ini adelah cerita tentang sebuah keluarga kaya yang penuh dengan mengekalkan tradisi sehingga tidak ade yang boleh membangkangnya. Sekali dibantah, ' now you proof to me that you are not my son' lebih kurang camtu arr.... hehe so, SRK pon membawa diri ke kota London bersama isteri yang baru dikahwininya.


p/s ; sori...quality gambar tidak cantik. image dari google je. ehehe



Sekiannn..




*******************






Thank You For Reading My Stories

0 Orang comel berceloteh:

Post a Comment