Ya Allah Ya Tuhanku...........
Wednesday, October 31, 2012
Thursday, October 25, 2012
Salam Aidiladha semua..!
To all my family, Relatives dan jugak frens, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga segala pengorbanan kita di berkahi Allah. Pada mereka yang ingin balik ke Kg.Halaman, berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinansi anda. Pada keluarga mereka yang berada di Tanah suci, semoga dipermudahkan segala-galanya dan pulang dengan selamat. InsyaAllah.
dan pada hari Ahad ini akan ada 1 majlis kenduri doa selamat sempena perkahwinan kami yang akan diadakan di kg.Pulai, Baling, Kedah. Kepada sesiapa yang berada disitu atau pun dimana-mana, Korang dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ye.
Till then,
Bye n Assalamualaikum.
Tuesday, October 23, 2012
Saya sudah bertukar status!
Bismillahirahmannirrahim....
Assalamualaikum W.b.t
Kepada semua rakan-rakan blogger, dengan rendah dirinya saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat menjemput anda ke majlis perkahwinan saya. Sesungguhnya saya terlalu sibuk dalam menguruskan majlis ini ditambah dengan ketiadaan capaian internet kat rumah di Kota Kinabalu membuatkan blog yang menceritakan segala perancangan perkahwinanku selama ini menjadi sunyi sepi. Teringin untuk mengupdate tetapi apakan daya, internet yang ada pon memang kurang excellentnyer. Tup tup..saya sudah kawin! Maafkan saya sekali lagi.
*bajet famous la kunun... hehehe..
InsyaAllah saya akan mengreview majlis perkahwinan saya yer. Cerita tentang kahwin. Rasa macam tak percaya jer yang saya sekarang ini sudah pun menjadi isteri orang. Banyak benda yang saya dan suami masih belajar. Terlalu banyak benda untuk dipelajari. Dari segi diri sendiri, Ibu bapa kedua-dua pihak dan yang lain-lain. Alhamdulillah segalanya sudah selesai. Majlis bagi kedua-dua pihak berjalan dengan lancar walau ada masalah yang timbul, ianya tidak mencacatkan majlis. Syukur sangat-sangat kepada mereka yang sudi membantu dalam menjayakan majlis ini.. Ibubapa kami, adik-beradik, makcik2, pakcik2, Cousins and also friends. Thank You Very Much. Love u sangat!
And now, saya n suami baru sahaja balik dari BerHoneyMoon. Lokasi percutian yang kami pilih adalah Bali, Indonesia selama 4 hari 3 malam. *berjaya jugak saya menjejakkan kaki kesitu.
ape-ape pon, saya akan update majlis & percutian sekali okehh. tak sabarnya.... *eksited sebab baru dapat bukak blog! heheheh
dan ini adalah antara gambar bagi majlis di HometownKu KK... check it out~!
| The Bride |
| The Groom |
the picture tells everything.... nak balik dahh....husband i tunggu kat KL...... n i kena ulang alik Putrajaya-KL dalam minggu ni. After the Eid'adha, kami akan tinggal di rumah baru kami.. yeahh.
till then,
Bye.
Salam..
Wednesday, September 26, 2012
Debaran makin terasa
Bismillahirahmanirrahim..
Salam pembuka bicara pagi ini..
nampaknya hari yang ditunggu-tunggu dari awal tahun lepas kini bakal tiba ke penghujungnya. Yes, minggu depan aku akan bertukar status dari seorang gadis bujang menjadi seorang wanita dan isteri kepada bakal suamiku.InsyaAllah.
Ya Allah, permudahkan lah segala urusan kami selama ini.
Mengurus sebuah perkahwinan amat besar dugaannya. manis, pahit, masam muka, gaduh, semuanya ada. Masa bercinta aku sekali-kali tidak merasakan perkara biasa yang berlaku kepada setiap couple iaitu mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang terhadap si dia. Kononnye aku ni kental. tetapi, sekarang baru aku menyedari semua itu BILA aku menguruskan majlis kawin ini. lebih-lebih lagi bila ianya tinggal 1 minggu lagi ke tarikh kejadian. Ouch! persaan ini memang sukar untuk digambarkan. nak tidur pun kena tenangkan fikiran baru boleh terlelap. Sampai satu ketika, aku tersa ingin lari dari semua ini. berputus asa!dimana nak fikir tentang pelamin yg saat akhir bertukar vendors, photoghrapher yg betray us, baju sanding yang belum siap, here and there, its everywhere! owh, aku uruskan segala-galanya alone. minta tolong orang, mesti kena kondem dulu baru tolong. itu aku tidak suka! nak tolong, ikhlas la der. main kondem2 pulak. itu jugak la yang menyebabkan aku ot sampai malam, balik keje, trus masuk dalam bilik n tido. malas nak berkongsi rasa.
Mujur lah en.tunang sentiasa bersabar dengan karenah aku yang dah macam nenek yang berleter. yang muncung sana sini. Thank you for always there for me sayang..
Setiap orang memang mengimpikan perjalanan majlis yang lancar. Sama seperti aku. harap-harap kesilapan yang berlaku dalam urusan ini dapat aku atasi sebaik mungkin. Aku tidak mengimpikan walimatulurus yang gah dan grand tapi aku mengimpikan walimatulurus yang sempurna dengan bajet kahwin yang ada secara simple dan teratur.
Doakan saya dear!
Love, Mia
Wassalam.




